Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Bukan Keanu Reeves Jer! 5 Bintang Hollywood Popular Ini Buat Muka ‘Slumber’ Je Naik Tren

by Zaidin Albert
June 27, 2019
Share on Facebook

Foto aksi bersahaja pelakon hollywood, Keanu Reeves menggunakan pengangkutan awam pernah tular pada suatu ketika dahulu. Aktor kacak ini memang dikenali sebagai artis hollywood yang mempunyai gaya hidup sederhana.

Namun, siapa sangka, bukan Reeves sahaja, ternyata masih ada ramai lagi aktor dan aktres hollywood buat muka ‘slumber’ menaiki pengangkutan awam bersama orang ramai.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa artis ini yang kaya-raya dengan dilimpahai harta jutaan dollar Amerika ini menggunakan pengangkutan awam. Padahal, mereka tinggal di rumah mewah, mempunyai kereta atau motosikal mewah tapi memilih untuk bersusah-payah menaiki pengangkutan awam.

Mungkin salah satu sebabnya, mereka dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas dan lebih jimat masa untuk sampai ke tempat destinasi yang ditujui.

Berikut adalah deretan aktris dan aktor Hollywood popular yang ternyata masih sering naik pengangkutan awam.

Emma Watson

Pemilik watak Hermione Granger dalam filem Harry Potter ini merupakan salah satu aktres termahal di Hollywood. Bayarannya boleh mencapai US$ 14 juta atau sekitar RM76 Juta untuk sekali berlakon filem.

Namun dengan kekayaan sebesar itu, Emma tak segan untuk naik pengangkutan awam. Malah dia pernah terlihat meletakkan buku di sebuah stesyen kereta bawah tanah untuk menyokong kempen program Books for Subway.

Chris Evans

Wow! ternyata si Captain America ini juga happy naik tren. Padahal, sebagai pelakon dalam filem Avengers,  bayarann untuk Evans mencapai US$ 8 juta atau sekitar RM32 Juta. Jejaka kacak ini juga punya hobi automotif yang luar biasa mahal. Dia memiliki Chevrolet Camaro tahun 1967 yang ternyata adalah pemberian Robert Downey Jr.

Andrew Garfield

Masih ingat dengan filem Spiderman: Friendly Neighborhood? Aktor Hollywood ini memegang karakter Spidey. Garfield juga merupakan salah satu selebriti hollywood popular yang membintangi banyak filem. Khabarnya, kekayaannya mencapai US$ 14 juta atau RM 56 Juta.

Tapi cuba lihat gayanya naik tren, nampak macam biasa je kan! Pakaiannya juga sangat sederhana.

Hugh Jackman

Bukan cuma Captain America, Wolverine pun ternyata kerap menggunakan pengangkutan awam ini. Aktor dan juga seorang pengarah ini diramalkan memiliki kekayaan mencecah US$ 150 juta atau setara dengan RM 600 Juta. Siapa sangka, watak Wolverine ini pernah di lihat menaiki tren sambil tersenyum ke arah lensa.

Jake Gyllenhaal

Jejaka kacak ini biasanya muncul sebagai pelakon filem dan sering menjadi pegawai tentera mahupun anggota polis. Namun kebelakangan ini dia tampil dalam filem Southpaw sebagai seorang peninju bernama Billy Hope. Dia juga bakal tampil dalam filem  Spiderman terbaru yang bakal ditayangkan tak lama lagi.

Untuk info, Gyllenhaal diramalkan memiliki kekayaan  mencecah US$ 65 juta atau setara dengan RM260 Juta  tapi soal pengangkutan, dia lebih gemar menaiki tren.

Begitulah gaya para selebriti ternama ketika menggunakan pengangkutan awam. Tak perlu mengenakan pakaian yang mahal-mahal atau berjenama Padahal kalau diintip akaun bank-bank masing-masing seolah-olah tak akan habis-habis.

https://lomp.at/vinzl
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem