Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Ini Semua Sebab Annabelle! 6 Roh Jahat Ini Berkeliaran dalam Filem

by Zaidin Albert
June 30, 2019
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah menonton filem Annabelle Comes Home? Seram habis, sampai sakit jantung dibuatnya. Kepada yang belum menonton, sedikit saja untuk dikongsikan, filem ini sebenarnya mengisahkan patung seram Annabelle yang keluar dari peti kaca sehingga membuat kan Judy Warren, Marry dan Daniela ketakutan separuh mati. Tak syok kalau cerita sepenuhnya, nak tahu lebih, kenalah tonton sendiri!

Annabelle memang layak dijuluki patung paling jahat. Hanya kerana pengaruhnya, roh-roh jahat bebas berkeliaran dan ikut menghantui Judy Warren, Marry dan Daniela. Mungkin ramai nak tahu, siapa je roh-roh tersebut? Jom lihat senarai di bawah ini.

Hellhound

Ed dan Lorraine sememangnya dikenali dengan mengumpul barang-barang mistik dan aneh. Salah satuya adalah benda-benda mati yang ada “nyawa”. Bila benda-benda ini dibangkitkan, maka ia akan menghantui pemilik rumahnya. Benda ini ada roh jahat yang tersimpan di dalamnya.

Pertama, adalah Hellhound iaitu makhluk yang wujud dari kabus, menjadi binatang buas yang sangat besar. Kaitannya dengan Conjuring Universe adalah ketika Ed dan Lorraine sedang menyiasat sebuah kes mistik di England.

Pasangan ini berjaya menakhluk Hellhound, dan kemudian disimpan di dalam salah satu artifak dan akhirnya dibawa pulang ke rumah mereka. Malangnya, di filem Annabelle Comes Homes, artifak itu rosak. Annabelle dengan kekuatannya ‘menghidupkan’ Hellhound.

TV Antik

TV Antik sepatutnya jadi barang yang unik dan tak ternilai. Namun, tidak pada TV yang tersimpan di rumah Ed dan Lorraine. Di sebuah ruang bawah tanah, tempat benda-benda yang memiliki roh jahat, sebuah TV ini juga menggangu mental seseorang sehingga boleh membuat sesuatu perkara yang buruk.

Sebuah TV antik secara tiba-tiba berkedip dan mengeluarkan suara yang berbisik. TV antik ini mampu merakam kehidupan orang pada masa ke depan yang duduk di depannya.

Mangsanya adalah Daniela. Kawan pengasuh Judy yang melihat sisi lain dari dirinya. TV ini kemudian menghantui Daniela hingga ketakutan setengah mati.

Feely Meely

Alat hiburan seperti papan permainan sepatutnya boleh menceriakan pemainnya. Monopoli, Saidini atau catur misalnya. Namun, tidak di filem Annabelle Comes Home.

Sebuah papan permainan bernama Feely Meely dimainkan ketika Judy menyambut ulang tahun menjadi mimpi buruk tersendiri. Ini semua kerana Annabelle yang menghidupkan kembali roh-roh jahat di sekitar rumah Ed dan Lorraine.

La Llorona

La Llorona kembali untuk filem ini. Buat anda yang sudah menonton The Curse of Weeping Woman, pasti mengenali si hantu ini. Dalam filem terbaru Annabelle, La Llorona hadir dengan gaun pengantinnya yang ikonik.

Bahkan, La Llorona hampir membunuh salah satu watak dalam filem ini. Selain itu, La Llorona juga menghantui Daniela malah hampir merasuk jiwanya.

The Ferryman

Kaku, dan matanya ditutup dengan menggunakan wang syiling khusus. The Ferryman, jadi roh jahat berikutnya yang mencetuskan kekecohan di filem Annabelle Comes Home. Roh ini sebenarnya berdasarkan padamitologi Yunani, bernama Charon. Watak yang satu ini tidak seagresif Hellhound atau La Llorona, namun The Ferryman dengan cepat menyeret jiwa-jiwa manusia untuk ikut mati, dan secara automatik matanya akan ditutupi dengan syiling.

Meskipun begitu, The Ferryman boleh dimusnahkan. Salah satunya adalah dengan cahaya. Berulang kali karakter Mary Ellen menyalakan lampu suluh agar The Ferryman dapat dijauhkan.

The Samurai

Sebuah kostum Samurai adalah salah satu artifak tersimpan di rumah Ed dan Lorraine Warren. Patung ini tidak banyak bergerak cuma kepalanya boleh berputar 180 darjah. Namun ia hampir menikam dan ingin membawa Marry Ellen terpuruk dalam kematiannya di masa lalu. Seolah-olah, The Samurai layak mempunyai cerita sendiri.

Annabelle

Ini semua angkara dia, maka roh-roh ini berkeliaran di ruman Ed dan Lorrain. Dia memang sangat-sangat jahat. Selepas patung ini terlepas dari peti kaca, ia muncul di semua sudut dalam rumah untuk mencari jiwa manusia.

Annabelle memang “pulang ke rumah” di filem Annabelle Comes Home dan tak keterlaluan jika kami katakan ia menjadi salah satu filem seram paling mengerikan di tahun ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
AnnabelleAnnabelle Comes Homereview annabelle terbaik
https://lomp.at/lhqhw
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem