Setelah lebih dari 2 tahun lamanya, akhirnya kemelut diantara penyanyi yang juga juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah dan Dato Seri Vida akhirnya selesai!

Selesai Cara Mediasi 

Terdahulu, Aishah telah mendakwa hadiah pemberian usahawan tersebut yang merupakan sebentuk berlian adalah palsu selepas penyanyi itu melakukan pemeriksaan secara terperinci pada pakar barangan kemas. Sejurus daripada itu, Aishah telah membawa isu tersebut ‘ke muka pengadilan’.

IKLAN

Menerusi perkongsian terbaharu yang dimuatnaik Aishah menerusi laman Instagram nya, kes itu berjaya diselesaikan melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Buat anda yang tidak tahu, mediasi merupakan teknik penyelesaian konflik melibatkan pihak ketiga yang neutral. Malah menurut peguam Aishah juga tiada perbicaraan penuh akan berlangsung.

View this post on Instagram

Hidup sebagai anak seni satu kehidupan yg sepi sebenarnya,kerana masing2 survive sendiri.Tak ramai kawan ingin membantu apabila kita menunggak arus melawan ketidak adilan,yelah jaga periuk nasi lah katakan.Padahal,yg dipanggil pun mengikut cara undang2 yg sebenar,tak boleh tidak kalau dah di subpoena.Tapi ada yg maki hamun ada yg lari2 hilangkan diri dari di 'serve' dgn subpoena.Siap komen kat IG,kesian rasa tersepit 'antara gajah' katanya hahahaha.Ini undang2lah,utk melindungi kita semua.Subpoena tak bererti terpalit,ianya satu cara undang2 utk memanggil saksi utk.mendapatkan keterangan dlm proses perbicaraan sesuatu kes. Perjuangan dibuat utk anak2 seni juga tapi adakalanya seperti dipandang sinis. Hahaha petang semalam mungkin dah dengar kita dah menang baru call nak bertanya, konon nak beri kerjasama??Hidup penuh lakonan.Pengalaman mengajar kita,siapa kawan siapa…… @jihanmuse

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Bakal Adakan Sidang Media 

Biarpun begitu, terdapat beberapa terma yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak dan terma tersebut dipercayai akan dijelaskan oleh Aishah dalam sebuah sidang media dalam masa terdekat. Dalam perkongsian itu juga, Aishah meluahkan rasa syukur apabila keputusan pengadilan berlaku dengan adil dan turut menganggap ianya sebagai satu perjuangan untuk semua anak seni.

IKLAN