Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

6 Hal Menarik Yang Dijanjikan Di Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends. Memang Berbaloi!

by Phic ARMAN
July 4, 2019
Share on Facebook

Siri animasi kanak-kanak popular, ‘Didi & Friends’ bakal mengadakan ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’, yang akan dibawakan secara ekslusif dan interaktif di Quill Convention Center, Kuala Lumpur.

Konsert berdurasi 65 minit itu akan berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula dari 15 sehingga 18 Ogos 2019, bersempena dengan cuti persekolahan yang akan bermula pada 10 Ogos ini.

Diangkat sebagai sebuah fenomena hebat di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru, ‘Didi & Friends’ adalah produksi bersama Digital Durian dan Astro, dengan lebih daripada 2 juta pengikut dan 1.5 bilion tontonan di YouTube. ‘Didi & Friends’ berjaya memenangi hati peminat menerusi lagu-lagu menarik dan watak-watak comel yang begitu disayangi ramai seperti, ‘Didi’, ‘Nana’, ‘Jojo, ‘Pak Atan’, ‘Bingo’ dan banyak lagi.

Pada tahun 2018, sambutan Konsert Hora Horey Didi & Friends mendapat sambutan luar biasa apabila kebanyakan tiket habis dijual pada hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara. Bagaimana dengan tahun ini? Jom lihat 5 perkara yang membuatkan ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’ sangat menarik dan berbaloi-baloi.

Pertama Kali Dibuat

Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends ini adalah yang pertama dibuat, dan tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana penggiat karakter kartun tempatan yang lain. Yang pastinya penonton akan berpuas hati dapat merasai pengalaman seumur hidup. Tarikan maskot baharu, persembahan, gimik dan pelbagai momen interaktif sudah pasti akan membuatkan anak-anak dan ibu bapa berasa teruja di sepanjang berlangsungnya persembahan.

Cabutan Bertuah

Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends ini bakal meraikan 9 keluarga pemenang bertuah dengan membawakan kemunculan maskot ‘Didi & Friends’ sebagai kejutan di sambutan hari kelahiran mereka. Bayangkan kehadiran Didi, Nana, Pak Atan, Jojo atau Bingo di majlis anda dan menyambut hari istimewa anda bersama rakan dan keluarga tersayang? Setiap pemenang akan dipilih menerusi proses cabutan bertuah yang akan diadakan di setiap persembahan; 9 persembahan secara keseluruhannya. Semua yang hadir berpeluang untuk memenangi hadiah hebat ini.

Konsert secara langsung pertama ‘Didi & Friends’

Berbeza dari konsert mini dan karnival yang dianjurkan oleh ‘Digital Durian’ sebelum ini, ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ ini merupakan konsert secara langsung pertama ‘Didi & Friends’ yang mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Semut Berkawad’, ‘BINGO’ dan lain-lain yang telah menerima jutaan tontonan melalui saluran YouTube ‘Didi & Friends’, serta lagu-lagu yang telah diberi nafas baharu.

Akan Mempersembahakan ‘Lagu Mandi’ alam versi tarian yang dipanggil ‘Lagu Mandi Remix’

YouTube video

‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ ini kelak, ‘Didi & Friends’ akan mempersembahkan ‘Lagu Mandi’ (yang telah mendapat hampir 6 juta tontonan di saluran YouTube Didi & Friends) dalam versi tarian yang dipanggil ‘Lagu Mandi Remix’, serta mencabar orang ramai untuk membuat tarian ‘The Lala Dance’ dan memuat naik video tarian masing-masing di laman sosial media dengan tanda pagar (‘hashtag’) #LaguMandiChallenge dan #TheLalaDance.

Rakaman muzik video Lagu Mandi Remix telah melibatkan barisan personaliti popular seperti Izzue Islam, Syatilla Melvin, Aqil Nahar dan Ara Aziz dan ia boleh ditonton di YouTube Didi & Friends.

Penampilan Istimewa Izzue Islam, Wakaka Crew Dan Omar & Hana

YouTube video

Izzue Islam telah dipilih sebagai selebriti jemputan utama untuk konsert ini dan beliau akan turut membuat persembahan semasa konsert, dan menari ‘The Lala Dance’ bersama peminat yang hadir.

Antara personaliti popular lain yang akan turut serta membuat persembahan bersama Didi & Friends ialah kumpulan ‘b-boy’ terkenal tanah air, iaitu Wakaka Crew yang diterajui oleh Alam. Animasi kartun Islamik, ‘Omar & Hana’ akan turut membuat penampilan istimewa di konsert ini kelak.

Ibu dan anak yang bertuah dan dijemput naik ke pentas sempena lagu ‘Ibu dan Anak’.

Penonton dari ‘Zon Hora Horey’ berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan maskot dan penari dengan lebih dekat dan jelas. Selain dari itu, penonton juga berpeluang untuk menjadi tiga (3) pasangan ibu dan anak yang bertuah dan dijemput naik ke pentas sempena lagu ‘Ibu dan Anak’. Eksklusif untuk pembeli tiket ‘Zon Hora Horey’, mereka juga akan dapat bergambar dengan maskot semasa sesi Berjumpa Peminat (‘Meet & Greet’).

Konsert ini pasti akan menjanjikan suatu pengalaman yang penuh kelainan berbanding apa yang disiarkan di kaca televisyen dan YouTube kerana anak-anak akan dapat berinteraksi secara langsung dengan karakter, menyanyi dan menari bersama dalam satu suasana yang cukup meriah dan nyata seperti di alam animasi Didi & Friends. Antara gimik persembahan yang dijadualkan berlangsung termasuklah bermain ‘giant balls’, ‘water-gun’, ‘glow-in-the-dark’ dan banyak lagi!

Harga Tiket 

View this post on Instagram

A post shared by Didi & Friends Malaysia (@didiandfriends_malaysia)

Harga tiket ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ adalah berbeza mengikut pelan tempat duduk. Terdapat 3 pembahagian zon, iaitu ‘Zon Hora Horey’ berharga RM85, manakala untuk ‘Zon A’ berharga RM55 dan ‘Zon B’ dengan harga serendah RM35.

Kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2017, 2018 dan 2019 tidak dikenakan sebarang bayaran masuk. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’, sila ikuti platform media sosial rasmi Didi & Friends atau hubungi Cik Qatrun (014-940 1399) atau emel ke qatrunnisa@digitaldurian.tv.

https://lomp.at/1jl24
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara