Muzik sepatutnya dinikmati oleh semua, tanpa mengira tahap liputan rangkaian, pelan data, mahupun jenis peranti yang digunakan. Sebab itulah hari ini, kami secara rasminya memperkenalkan Spotify Lite.
Spotify Lite merupakan versi aplikasi Spotify yang lebih ringan, pantas, dan ringkas. Aplikasi ini menawarkan pengalaman muzik yang tiada tandingannya serta berfungsi sama seperti aplikasi Spotify yang utama.
Anda tetap boleh mencari dan memainkan lagu serta artis kegemaran anda, menyimpannya, berkongsi dengan orang lain, menerokai muzik baru, dan menikmati senarai lagu yang disusun khas untuk anda.
Bezanya, Spotify Lite direka dengan sedikit ciri-ciri khas yang menjadikannya sesuai untuk sistem operasi dan peranti lama.
“Berdasarkan maklum balas pengguna di seluruh dunia, Spotify Lite direka untuk membolehkan berjuta lagi pengguna menikmati pengalaman muzik terbaik di dunia. Ini terutamanya sesuai bagi mereka yang berada di kawasan liputan jalur lebar yang rendah atau pengguna peranti dengan ruang storan terhad,” kata Kalle Persson, Pengurus Kanan Produk di Spotify.
Berikut adalah fakta penting mengenai Spotify Lite:
- Ringan dan pantas – aplikasi ini hanya bersaiz 10MB.
- Menjimatkan Data – berguna apabila liputan rangkaian tidak menentu, kesukaran mendapatkanperkhidmatan internet ketika dalam perjalanan, atau jika anda memilih untuk tidakmenggunakan terlalu banyak data mudah alih.
- Muat turun aplikasi Spotify Lite secara berasingan – boleh didapati untuk semua penggunaSpotify Premium dan Percuma, serta boleh digunakan secara seiring atau berasingan daripada aplikasi Spotify utama dalam semua peranti Android 4.3 (Jelly Bean) atau versi yang lebih tinggi.
- Spotify Lite boleh didapati dalam 36 pasaran* Google Play – termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Lebih banyak pasaran dan ciri-ciri bakal menyusul dalam usaha kami untuk terus membuat penambahbaikan ke atas pengalaman Spotify Lite.
Maka, anda tidak lagi perlu bimbang soal data dan dapat memberi tumpuan untuk mencari lagu kegemaran anda yang seterusnya. Anda juga tidak perlu bimbang kekurangan ruang storan, Spotify Lite membolehkan anda mengawal cache anda, dan mengosongkannya dengan hanya satu sentuhan sahaja.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.