Hari ini, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-94. Siapa sangka, di usianya ketika ini, beliau masih bertenaga dan terus memimpin negara dengan jayanya.

Siti Nurhaliza Dedikasi Ucapan & Lagu Buat Tun M

Bersempena dengan ulangtahun Tun M pada hari ini, media sosial dibanjiri dengan ucapan hari lahir beserta #TunM94 sebagai simbolik ulangtahunnya. Malah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sempat mendedikasikan ucapannya buat Tun M. Malah Siti turut menyifatkan Tun M sebagai seorang individu yang disegani dan disayangi ramai. Dalam video ucapannya menerusi laman YouTube Siti sempat menyanyikan dua buah lagu yang mana salah satu lagu itu merupakan lagu kegemaran isteri Perdana Menteri itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali.

IKLAN

Dedah Rahsia 

Di kesempatan itu juga, Siti sempat mengorek sedikit rahsia mengenai Tun berdua disisi matanya yang mana Siti menyifatkan sikap pasangan itu wajar dicontohi dan saling menyokong antara satu sama lain.Malah sikap ‘powerful couple’ yang sering bergurau membuatkan Siti begitu terpesona dengan ketokohan mereka.

Mendoakan yang terbaik buat Tun M dan Tun Siti Hasmah, harapan Siti agar mereka terus dikurniakan kesihatan yang baik dan terus memberi inspirasi buat rakyat Malaysia. Happy Birthday Tun M!