Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Dilan 1991 Sarat Dengan Mesej Mendalam Tentang Erti Percintaan

by Zaidin Albert
July 11, 2019
56
KONGSIAN
Share on Facebook

Terima kasih kepada TGV Pictures kerana sudi bekerjasama dengan HangatMalaysia untuk menonton tayangan perdana filem Dilan 1991 bersama para pembaca setia murai.my pada malam 9 Julai yang lalu. Boleh dikatakan pawagam di TGV One Utama  ‘full house’ dengan kehadiran selebriti dan pencinta filem.

Filem hasil adaptasi novel tulisan Pidi Baiq ini menggarap sisi penuh emosi Dilan yang ingin selalu bebas tapi seringkali tersepit diantara dendam dan cinta kepada Milea. Cinta dan persahabatan juga sentiasa akan ada ujian. Yang mencinta akan sehabis baik cuba melindungi yang dicinta.

YouTube video

Menurut review dari salah seorang penonton yang mahu dikenali dengan nama Avny Darvina, dia sedar ada beberapa mesej yang disampaikan melalui filem ini yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

  1. Filem ini antara lain membuktikan secara halus, perempuan cepat matang dari lelaki.
  2. Bagi yang pernah rasa cinta monyet zaman persekolahan sekitar tahun 90-an, anda boleh mengimbau kembali kenangan lama mengusik jiwa, sebab zaman 90-an dulu tiada gadget, kalau tak pakai telefon rumah, melekat lah di public phone 12 jam cakap pasal rindu je.
  3. Anda akan merindukan semula kawan-kawan sekolah yang dulu melekat bagai nak rak, tapi kini membawa haluan hidup masing-masing, dan mungkin ada yang sudah tiada.
  4. Buat yang masih di alam persekolahan, yang mana baru nak belajar bercinta-cintun tu, anda akan sedar, bila sedih, keluarga juga yang anda cari untuk mengadu nasib.
  5. Anda akan mula faham, sehebat mana seorang lelaki tu mengaku gangster, dia akan selalu lemah dengan orang yang dia sayang.

Cuma bagi yang masih single tu, bersedialah anda untuk murung dalam tempoh beberapa hari selagi babak romantik Dilan & Milea tu berlegar-legar dalam fikiran anda ya.

Beberapa pendapat dan review lain telah diberikan oleh penonton yang hadir pada malam tersebut. Rata-rata mereka suka dengan filem ini yang sarat dengan kisah percintaan.

“Jujur, ini pertama kali saya menonton Dilan, saya tidak menyangka filem ini best & sangat meruntun jiwa & romantik, so apa lagi? Korang patut tonton Dilan 1991!” – Ig : @tirahanees

“Dilan 1991 adalah sebuah karya yang hebat, ada scene yang romantic, kelakar & sedih. Walaupun saya tidak menonton Dilan 1990 tetapi kesinambungannya masih boleh di faham di dalam Dilan 1991. Korang harus menonton Dilan 1991 & saya tak sabar menunggu Milea!” – Ig : @haszmoza

“Cerita yang penuh emosi gelak tawa,gembira & sedih, berlatarkan sebuah cerita yang diaptasi dari kisah benar pada tahun 1991 kisah cinta 2 remaja iaitu dilan & milea”- Ig : @amnfdhl_

Dilan 1991 ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula pada hari ini 11 Julai 2019. Dilan 1991 merupakan filem sekuel kedua Dilan 1990 yang bercerita tentang kisah asmara remaja. Filem yang diarahkan oleh Fajar Bustomi ini dibintangi oleh Iqbaal Ramadhan dan Vanesha Prescilla dan beberapa pelakon hebat yang lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/t43xu
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem