Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Chef Ismail Terkejut Terpalit Isu ‘Phone Sex’ Chef Selebriti

by Khai Azfar
July 15, 2019
Share on Facebook

Bagaikan satu wabak pada industri hiburan! Sejak hujung tahun lalu boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja selebriti yang terpalit dengan isu video lucah yang tersebar luas di media sosial.

Peminat Membuat Spekulasi 

Malah lebih mengejutkan, video-video tersebut dikatakan kononnya adalah milik selebriti-selebriti lelaki tanah air ini termasuklah mengenai panggilan video lucah yang melibatkan seorang chef selebriti. Biarpun wajahnya ada yang jelas kelihatan, namun ada sesetengah daripada netizen terus membuat spekulasi tersebut dengan menamakan beberapa orang chef selebriti terkenal termasuklah Dato Chef Ismail.

Terkejut Nama Terpalit Isu Video Lucah 

Dato Chef Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Ismail berasa terkejut apabila namanya turut dikaitkan dengan isu tersebut. Jelasnya lagi, dia juga tidak tahu menahu mengenai video itu sehinggalah diberitahu oleh pihak media. Berasa malu dengan insiden seumpama itu yang baginya boleh menjatuhkan nama baik selebriti lain, menurut Chef Ismail perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku.

” Sebagai seorang selebriti ianya bukanlah perkara ringan kerana sudah membawa satu nama yang dikenali. Bukan sahaja diri sendiri malah keluarga juga akan turut sama dengan nama selebriti itu. Jadi jika isu ini tersebar cuba bayangkan apa akan terjadi pada diri, keluarga dan perniagaan kelak?”

Tolak Cara Publisiti Murahan 

Gambar sumber dari Glam

Menolak publisiti murahan adalah satu cara untuk menaikkan nama, bagi Chef Ismail terdapat banyak lagi cara untuk menaikkan nama dan turut akui isu ini merupakan satu simptom yang merbahaya apatah lagi boleh menjejaskan karier seseorang.

“Zaman sekarang ini selagi boleh dikongsi selagi itulah tidak akan berhenti. Jadi pesan saya, bawa diri dan tolonglah jaga nama baik masing-masing kita tidak akan tahu apa akan terjadi dengan teknologi zaman sekarang mampu buat pelbagai benda”

Sebagai seorang yang berpengalaman dan cukup dikenali, harapan Chef Ismail agar mereka yang terlibat ataupun mana-mana pihak dapat memikirkan mengenai kesan yang akan terjadi sekiranya isu seumpama ini tidak dapat dibendung kelak. Chef Ismail ditemui murai.my ketika majlis pelancaran rancangan Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic bagi musim kelima baru-baru ini.

Chef Ismail
https://lomp.at/g286f
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara