Jenama Pensonic rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja mempunyai pelbagai variasi produk malahan sering kali menjadi pilihan buat rakyat Malaysia sebagai salah satu produk berkualiti tinggi terutamanya berkaitan dengan perkakas masakan.

IKLAN

Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic Masuk Musim Kelima 

Tidak hairanlah Pensonic turut bekerjasama dengan selebriti dan stesen televisyen tempatan, TV3 bagi meneruskan kesinambungan rancangan Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic bagi musim kelima.

Masih mengekalkan dutanya, Dato Chef Haji Ismail sebagai pengacara, menariknya bagi 8 episod musim ini penonton bukan sahaja berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif dari Panasonic malah turut dapat melihat gelagat aksi-aksi selebriti jemputan tanah air berkongsi resipi-resipi tempatan. Antara selebriti-selebriti tersebut adalah Fizo Omar, Izzue Islam, Ernie Zakri, Afifah Nasir, Bella Astillah dan ramai lagi!

Kongsi Pengalaman 15 Tahun Bersama Pensonic 

Dalam pada itu, Chef Ismail ketika ditemui murai.my berkata jenama Pensonic sudah menjadi sebati dengannya sehingga turut menganggapnya sebagai ‘darah daging’. Malah ada sesetengah daripada peminat Chef selebriti ini sudah menganggap Pensonic sebagai jenama Chef Ismail.

“Sebenarnya saya dengan Pensonic ini sudah hampir 15 tahun sebagai duta dan program masak bersama Pensonic ini sudah tahun kelima. Jadi dah macam darah daging apabila dah tahu selok belok dan pengunaan produk ini dan saya tahu produk-produk mereka sememangnya kreatif dari semasa ke semasa terutama perkakas dapur. Lebih membanggakan produk Malaysia ini begitu berkualiti dan harga nya pula sangat berpatutan. Sebab itulah saya masih setia dengan jenama ini”

Rancangan Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic akan ke udara pada setiap hari Isnin jam 6 petang bermula pada 12 Ogos ini. Dalam rancangan itu, penonton berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM200,00 termasuk sebuah kereta Nissan Serena dan produk elektrik rumah.

IKLAN