[GIVEAWAY] Seram! 4 Fakta Kuntilanak 2 Yang Patut Anda Tahu Sebelum Menonton

0
33

Filem ‘Kuntilanak” garapan Rizal Mantovani berjaya diterima dengan baik oleh masyarakat di Indonesia. Oleh sebab itu, kini muncul sekuelnya Kuntilanak 2 yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 25 Julai 2019.

Lima pelakon kanak-kanak, Kresna (Andryan Sulaiman Bima), Dinda (Sandrinna Michelle Skornikci), Panji (Adlu Fahrezy), Miko (Ali Fikri), dan Ambar (Ciara Brosnan), juga ibu angkat mereka, Donna (Nena Rozier), kembali dihadirkan di filem ‘Kuntilanak 2’ ini.

IKLAN

Ada beberapa pelakon tambahan di filem ini, iaitu Maxime Bouttier sebagai Edwin, Susan Sameh sebagai Julia, dan Karina Suwandi sebagai Karmilla.

Mungkin ramai yang nak tahu, apa yang menarik dan menyeramkan untuk sekuel Kuntilanak 2 ini. Diambil dari Kumparan.com, nah kami kongsikan 5 perkara yang patut anda tahu sebelum menonton Kuntilanak 2.

1Lebih Menegangkan

Dari segi kisahnya, filem ‘Kuntilanak 2’ jauh lebih menegangkan dari ‘Kuntilanak’ (2018), yang sememangnya bergenre horor komedi. Di filem ini, penonton seolah-olah dibawa melintasi dunia fantasi dengan suasana budaya Mangkujiwo di dataran Jawa yang terkenal biasanya terkenal dengan memelihara Kuntilanak.

2Dibuat Dalam Hutan

Uniknya, jika biasanya produksi membuat filem horror jenis ini di dalam studio, ‘Kuntilanak 2′ benar-benar digarap di kawasan Hutan Baturraden, Banyumas, Jawa Tengah. Ada alasan tersendiri mengapa pengarah memilih untuk menjalani penggambran di sana.

“Sudah kalau kita buat di tengah hutan asli, feel-nya akan berbeza bagi semua pelakon. Buat yang menonton ini juga akan ada rasa yang berbeza,” ujarnya.

Sampai hari ini,  rumah kayu untuk filem ‘Kuntilanak 2’ masih berdiri di tengah Hutan Baturraden. Penerbit filem, Amrit Punjabi menganggap itu sebagai satu keuntungan dari segi pemasaran.

3Hantu Dicipta Secara Unik Dan Berbeza

Hantu kuntilanak di filem ini juga diciptakan secara unik dan berbeda. Dia memiliki emosi dan mampu melakukan interaksi dengan orang-orang di sekitar sama seperti hantu di filem Hollywood, ‘Evil Dead’.

IKLAN

4Lebih 1 Juta Penonton Pada Tayangan Hari ke-9  di Indonesia

Film Kuntilanak 2  meraih sejuta penonton pada hari ke-9 tayangannya di Indonesia. Pencapaian ini menguatkan posisi Kuntilanak 2 sebagai filem Indonesia terlaris yang ditayangan pada hari cuti Lebaran 2019 yang lalu. Seperti diketahui, 1,025,698 penonton di hari ke-9 dan menjadi filem horor pertama yang menyentuh angka 1 juta penonton di tahun 2019.

Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton? Khas Untuk Peminat murai.my, pada hari Isnin, 22 Julai 2019, jam 8.45 malam bertempat di  TGV One Utama, kami ingin mencari pembaca bertuah untuk memenangi sepasang tiket tayangan perdana filem ini secara percuma!

Caranya anda hanya perlu lengkapkan butiran dan soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Syarat Penyertan

  1. Like Facebook murai.my, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  2. Selepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag murai.my beserta #HangatMalaysia #Kuntilanak2My dan @tgvpictures
  3. Anda dikehendaki kongsikan artikel ini di Facebook dan mengisi butir-butir diri anda dengan menjawab soalan.
  4. Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 21 Julai 2019
  5. Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan. Keputusan hakim adalah muktamad.
  6. Pemenang akan dihubungi pihak murai.my melalui email anda.
  7. Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  TGV One Utama pada 22 Julai bermula jam 8.00 malam hingga 8.30 malam.
  8. Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 8.45 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  9. Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.

Komen Anda