Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Keadilan Untuk Anak! Eizlan Yusof Tuntut Pihak Polis Mohon Maaf

by Khai Azfar
July 17, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini, anak kepaa pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya bersama ibu saudara nya ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran Mak Cun di Sekinchan, Kuala Selangor.

Pihak Polis Nafi Anak Eizlan Terlibat 

Biarpun begitu, menerusi laporan akhbar Kosmo pihak polis telah menafikan bahawa anak pelakon itu terlibat dalam kemalangan tersebut. Kecewa dengan kenyataan itu, Eizlan tampil memberi penjelasan menerusi sebuah sidang media tergempar yang diadakan semalam. Menurutnya, dia terpaksa memanggil pihak media kerana ingin memberi penjelasan dan keadilan buat keluarga terutama buat anaknya kerana telah menjejaskan reputasi mereka ekoran daripada penafian tersebut.

Eizlan Tunjuk Bukti 

Jelas Eizlan, dia bimbang sekiranya isu seumpama itu akan memberi kesan pada anaknya kelak apatah lagi berisiko untuk dituduh sebagai penipu biarpun kemalangan tersebut sebenarnya terjadi. Dalam sidang media itu, Eizlan turut menunjukkan beberapa keping gambar Zareef berada di lokasi kemalangan itu selain terdapat pengesahan perubatan dari Hospital Tunku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

“Saya mempunyai bukti dan pengesahan perubatan dari Hospital Tunku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam bahawa anak saya terlibat dalam kemalangan berkenaan. Bagaimana pula pihak polis boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Zareef tidak terlibat dalam kemalangan itu”

Tuntut Permohonan Maaf 

Menurut Eizlan, dia begitu menghormati pihak polis namun iu seumpama ini tidak boleh diambil ringan. Oleh itu, dia telah meminta pihak polis untuk melakukan permohonan maaf dalam semua platform media cetak dan elektronik sebelum 31 Julai ini.

“Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini. Apa yang saya tuntut mudah iaitu mahu mereka membuat permohonan maaf. Sekiranya gagal, saya dengan berat hati terpaksa membawa isu ini ke peringkat seterusnya.”

Sekiranya isu tersebut akan berlanjut, pelakon ini tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke mahkamah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
anak eizlan yusofanak eizlan yusof kemalanganeizlan yusofzareef yusof
https://lomp.at/z9udz
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem