Scha Alyahya merupakan salah satu artis versatil yang sudah tak perlu diragukan lagi dalam dunia hiburan. Lagi-lagi, model dan pengacara ini sering mendapat tawaran untuk menjadi jurucakap produk di Malaysia.

Jadi, jangan hairan sekiranya Scha kerap tampil fashionable dengan menggunakan barang-barang mahal, salah satunya adalah kasut sneakers. Nah, berikut ini adalah senarai lima kasut kesukaan Scha yang harganya bukan murah-murah.

1LV Archlight 

Kasut sukan pertama milik Scha iaitu jenis Sneakers dari Louis Vuitton iaitu LV Archlight. Kasut ini boleh tahan mahal tau! Ia boleh mencecah harga sampai USD$ 780 atau sekitar RM 3,210.

2Adidas Originals YEEZY BOOST 700 Mauve

YEEZY BOOST 700 Mauve yang mendapat sentuhan Kanye West ini turut menjadi kasut kesukaan Scha. Kasut ini menggunakan material jenis baldu warna ungu mauve yang disertai denganpenggunaan material kulit asli. Harga kasut istimewa ini dijual dalam sekitar RM1,400 sepasang.

IKLAN

3ADIDAS Prophere 

Scha memiliki banyak koleksi kasut sukan dari jenama Adidas, selain YEEZY BOOST 700 Mauve, dia juga menyukai kasut ADIDAS PROPHERE berwarna putih. Kasut ini tidak semahal Yeezy, harganya mampu milik iaitu sekitar RM 364. 

4Adidas Yeezy Boost 700 ‘Wave Runner’ Solid Grey

Sneakers yang dipakai oleh Scha ini pertama kali dilancarkan pada Ogos 2017 dan pernah di-restok semula pada Mac 2018. Ramai yang mencari Yeezy, salah satunya siri ini, membuatkan harganya melambung. Di beberapa laman shopping online, Yeezy Boost 700 dijual dengan harga antara RM2,600 hingga RM5,200. Padahal harga retail rasminya dalam sekitar RM1,400.

5Gucci Rhyton Glitter Logo

Scha juga mempunyakasut sneaker berjenama Gucci. Scha memilih Gucci Rhyton Glitter Logo Sneakers di mana harga mencecah RM 3,579.

Itulah 5 kasut sneakers cantik milik Scha yang sangat sepadan dengan dirinya. Yang mana satu pilihan anda?