‘Karakter Gedik Bukan Nak Jual Diri’- Syura

5

Ternyata program realiti muzikal komedi, Muzikal Lawak Superstar bukan laluan mudah buat penyanyi Syura Badron, 32 untuk mencipta nama untuk menjadi seorang pelawak. Selain perlu berdepan saingan sengit bersama peserta, Syura juga terpalit cerita peribadinya.

Akui Menitiskan Air Mata

Syura yang menganggotai kumpulan Wasap akui merasa tertekan sehingga menitiskan air mata sehari sebelum persembahan yang berlangsung pada malam Jumaat lalu, 19 Julai 2019.

Katanya, kumpulan mereka telah berlatih dengan idea yang terbaik untuk persembahan minggu ke-4 namun di ‘reject’ oleh pihak produksi sehari sebelum malam pertandingan.

IKLAN

“Syura sampai menangis sebab buntu, lagi-lagi selepas idea awal ditolak, namun kami sepakat untuk mengekalkan idea persembahan tersebut dan hanya membuat sedikit penambaikkan dengan bantuan Abang Joey dari kumpulan Jborn” -kata Syura

Kumpulan Wasap Dapat Pujian, 4 Bintang Dari Datuk Awie

Walaubagaimanapun, persembahan kumpulan Wasap tidak mengecewakan malah mendapat pujian dari Datuk Awie dengan memberikan 4 bintang. Ternyata karakter yang dibawa oleh Syura dalam persembahan minggu ke-4 yang bertemakan ‘Negeri di Malaysia’  lain daripada yang lain. Syura membawa watak sebagai gadis peniaga warung yang bertutur dalam dialek bahasa Thai.

Namun apa yang mencuri perhatian adalalah gara-gara keletah manjanya dan perwatakan ‘gediknya’ itu sangat menjadi dan melucukan. Syura akui, dia banyak membuat ‘homework’ untuk menjiwai watak gadis Thai supaya ia dapat menghiburkan penonton.

Tak Peduli Kecaman Netizen

Tidak mengambil pusing dengan kecaman atau kritikan netizen sekiranya karakter gediknya itu terlihat keterlaluan, Syura berkata, niatnya hanya untuk menghiburkan penonton sebagai seorang pelawak di atas pentas.

“Bila terjun dalam bidang lawak, skop akan menjadi lebih besar, berbagai-bagai watak akan ditonjolkan dalam persembahan. Netizen yang perlu membuka minda. Membawa watak seperti gadis gedik bukanlah untuk menggoda orang atau ‘jual diri’, tetapi hanya untuk menghiburkan orang dan menunjukkan bakat yang saya ada dalam dunia komedi.” tegasnya.

Pada minggu ke-4 menyaksikan penyingkiran kumpulan Kroni yang mendapat undian terendah iaitu 13.34%. Walaubagaimanapun, kumpulan Wasap yang dianggotai oleh Syura, Wan Gegau, Amir Raja Lawak ini berada di ‘bottom 3’ dengan undian 33.79%.

IKLAN

Walaubagaimanapun, Syura sangat berpuas-hati dengan persembahan yang dilakukan dan tidak kecewa andainya pada malam itu kumpulannya tersingkir.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.