Thursday, June 8, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Rihana Oksana Menangis Terharu Terima Sokongan Rakyat Malaysia

by Khai Azfar
July 22, 2019
Share on Facebook

Spekulasi mengenai khabar berita perceraian wanita Rusia, Rihana Oksana dengan Sultan Muhammad V akhirnya terjawab apabila peguam kepada Sultan Kelantan itu telah mengesahkan bahawa pasangan ini telah bercerai dengan talak tiga.

Sah Cerai Talak Tiga 

Menerusi sebuah kenyataan media, firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP melalui peguamnya, Koh Tien Hua memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

“Kami adalah peguam mewakili Sultan Muhammad V. Dimaklumkan Baginda bercerai talak tiga dengan Rihana Oksana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah.

“Mahkamah Syariah Kelantan sudah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.

“Kami mewakili Sultan Muhammad V memohon privasi Baginda dihormati,”

Menangis Terharu 

Dalam perkembangan lain, sebentar tadi Rihana turut memuat naik sebuah posting terbaharu memperlihatkan diri dan anaknya yang dikenali sebagai Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

View this post on Instagram

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

Malah ratu cantik Moscow ini turut menyertakan sebuah kenyataan bagi menjawab segala spekulasi yang terjadi. Biarpun tidak mengulas panjang mengenai perihal perpisahan tersebut, menurut Rihana dia berasa begitu terharu dan bersyukur sehingga mengalirkan air mata apabila menerima begitu banyak mesej yang baik daripada pelbagai masyarakat di seluruh pelusuk dunia.

“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua”

Tambahnya lagi dia berasa bangga apabila darah Malaysia mengalir dalam tubuh anaknya dan sanggup lakukan apa sahaja bagi membesarkan Tengku Leon. Jelasnya lagi dengan setelah apa yang terjadi, itu sama sekali tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berkongsi mengenai kisah kehidupannya kepada umum.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Rihana Oksana Cerai Talak TigaRihana Oksana GorbatenkoTengku Ismail Leon Petratengku leon
Share2Tweet2SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gossip

Rihana Oksana Jawab Persoalan Bilakah Akan Berkahwin-“Saya Masih Terlalu Muda..”

by Naddy Joe
April 14, 2023
via Instagram Rihana Petra
Gossip

Rihana Petra Balas Komen Netizen, Minta Pulangkan Duit Kepada Rakyat Malaysia

by Puteri Alia
September 28, 2022
Foto - Instagram @rihanapetra
Antarabangsa

Rihana Oksana Bawa Anak Berjalan Dengan Anjing, Netizen Persoal Status Agama Terkini

by Puteri Alia
February 10, 2022
Foto - Instagram @rihanapetra
Personaliti

‘Leon Dan Saya Bukan Katolik’- Rihana Oksana Kongsi Sambutan Krismas Di London

by Puteri Alia
December 17, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  4. 4

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan