Tidak dinafikan selain aneka burger, menu Ayam Goreng Mcd sememangnya menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Jika sebelum ini McDonald telah perkenalkan dua pilihan perisa Ayam Goreng iaitu versi original dan spicy, semalam restoran makanan segera ini telah melancarkan satu lagi menu terbaharu, Ayam Goreng Extra Spicy.

Tiga Kali Lagi Pedas 

Sebelum diumumkan, McDonald terlebih dahulu ‘menguji’ menu terbaharu ini di beberapa rangkaian restoran mereka yang terpilih dan turut tular di media sosial. Malah ketika itu, ramai yang berasa hampa kerana ianya hanya dihidangkan untuk jangka masa yang terhad. Untuk itu, mengubati kekecewaan tersebut McDonald secara rasminya meletakkan Ayam Goreng Extra Spicy sebagai menu terbaharu di semua restoran mereka. Berdasarkan panel iklan yang disiarkan, perisa terbaharu ini merupakan tiga kali lagi pedas dari perisa Spicy.

IKLAN

Buat mereka yang sukakan pedas dan ingin mencuba, bolehlah berbuat demikian bermula hari ini bersama-sama pilihan McFlurry terbaharu perisa Cempedak!

Nasi Lemak McD Kembali!

Menyusuli menu itu, McDonald turut melancarkan kembali menu nasi lemak Mcd yang menjadi kegemaran ramai sebelum ini.

Sama seperti sebelum ini, pilihan Nasi bersama ikan bilis, sambal dan telur boleh didapati dengan satu ataupun dua ketul Ayam McD. Ada yang dah cuba kedua-dua menu ini? Kongsikan dengan kami pengalaman anda!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda