• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Anak Dedah Rahsia Allahyarham Aziz Desa Yang Ramai Tidak Tahu

by Khai Azfar
August 1, 2019
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun sudah hampir 5 tahun pengacara terkenal, Allahyarham Aziz Desa meninggal dunia namun bakat dan jasanya dalam dunia pengacaraan masih dikenang sehingga ke hari ini. Lebih manis, bakat pengacaraan itu turut diwarisi oleh anak-anaknya termasuklah salah seorang daripada mereka, Mas Zharif Zhafri kini merupakan pembaca berita di bawah syarikat Media Prima.

Anak Dedah Rahsia Aziz Desa 

Semalam, tular di laman Twitter apabila seorang lagi anak Allahyarham Aziz telah mendedahkan beberapa ‘rahsia’ mengenai bapanya yang ramai tidak tahu. Menurut Mas Zhafir Zhikri, pendedahan itu dibuat bagi menghormati dan menghargai jasa arwah bapanya yang dianggap sebagai seorang bapa dan contoh yang terbaik buatnya.

Bermula dengan pendedahan nama ‘Desa’ pada pangkal hujung nama Aziz, menurut Zhafir nama itu bukanlah bererti bapanya berasal dari mana-mana kampung sebaliknya Desa merupakan nama sebenar datuk mereka.

“Nama sebenar beliau “Abdul Azid Bin Desa”. Seorang anak muda kampung yang hebat bertutur kata dan ingin mengubah nasib keluarga dengan berhijrah ke kota “Kuala Lumpur”. Nama timangannya “Aziz Desa” bukan kerana beliau berasal dari kampung tapi sebab arwah atuk kami nama Desa.

“Jadi tolong jangan kaitkan nama atuk kami dengan kampung atau Desa. Itu nama orang lama-lama dulu. Beliau antara orang terawal dalam bidang penyiaran televisyen, sejak 1993. Alhamdulillah, sempat juga arwah menemu ramah Perdana Menteri dalam siaran Malaysia Hari Ini”

Punyai Tabiat Suka Membaca 

Jelas Zhafir lagi, biarpun dia dan adik-beradiknya merupakan anak kepada seorang pengacara yang hebat namun dia akui mereka tidak mampu menjadi seperti Aziz Desa yang diketahui ramai. Dedah Zhafir, sejak dahulu lagi arwah bapanya mempunyai tabiat suka membaca yang mana beliau akan membeli sehingga 6 jenis surat khabar untuk dibaca dalam satu masa. Malah Arwah Aziz juga gemar mengarang pelbagai sajak dan pantun termasuklah sebuah sajak yang berjudul ‘Andaiku diberi 50 tahun lagi’.

Since ada yang tertanya2 siapa ayah saya dan ada jugak yang nak mainkan nama arwah. Aku nak buat satu thread pendek untuk menghormati dan menghargai jasa arwah as "a good father". Koyak aku bila buat thread ni sebab terpaksa mengenangkan orang yg dah pergi.

He is " Aziz Desa " pic.twitter.com/SHmrCUu9zs

— maszhafir (@zhafirzhikri) July 30, 2019

Sempat Karang Sebuah Sajak

Menurut Zhafir, dia tidak menyukai sajak itu kerana arwah Aziz telah mengarangnya ketika beliau masih terlantar di hospital. Seperti tahu akan ajalnya bakal tiba, Arwah Aziz telah ditakdirkan menghadap Ilahi ketika pengacara itu berusia 50 tahun.

“Aku tak suka sajak tu sebab beliau karang waktu beliau terlantar di Hospital Langkawi. Tajuk sajak tu “Andaiku diberi 50 tahun lagi”. Tepat umur beliau 50 tahun, beliau pun menghembuskan nafas terakhir. Allah Maha Kuasa. Bila bercakap, arwah jarang menggunakan text tapi guna keypoint

Dan sebelum arwah meninggal, arwah ada buat lagu khas buat kesemua sahabat-sahabat baik beliau sepanjang 50 tahun beliau hidup. Lagu ni sangat sedih dan sentiasa mengalirkan airmata aku. Sayang sangat (beliau) dekat kawan-kawan “

Allahyarham Aziz Desa telah meninggal dunia pada 27 Disember 2015 akibat menghidap masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung.Hasil perkahwinan bersama Raden Norazlina Raden Jumari, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata, Mas Zharif Zhafri,Mas Zahiah Zafirah,Mas Zhafir Zhikri, Mas Zhamir Zhakwan, Mas Zhaeim Zhiddin dan Mas Zhiddin Zhiddan

anak aziz desaAziz Desa
https://lomp.at/bo5lq
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
Berita

Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

by Naddy Joe
December 24, 2025

Personaliti media sosial dan anak jutawan terkenal, Vincent Tan iaitu Chryseis Tan akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata ketiganya selepas selamat...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore