Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Anak Dedah Rahsia Allahyarham Aziz Desa Yang Ramai Tidak Tahu

by Khai Azfar
August 1, 2019
510
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun sudah hampir 5 tahun pengacara terkenal, Allahyarham Aziz Desa meninggal dunia namun bakat dan jasanya dalam dunia pengacaraan masih dikenang sehingga ke hari ini. Lebih manis, bakat pengacaraan itu turut diwarisi oleh anak-anaknya termasuklah salah seorang daripada mereka, Mas Zharif Zhafri kini merupakan pembaca berita di bawah syarikat Media Prima.

Anak Dedah Rahsia Aziz Desa 

Semalam, tular di laman Twitter apabila seorang lagi anak Allahyarham Aziz telah mendedahkan beberapa ‘rahsia’ mengenai bapanya yang ramai tidak tahu. Menurut Mas Zhafir Zhikri, pendedahan itu dibuat bagi menghormati dan menghargai jasa arwah bapanya yang dianggap sebagai seorang bapa dan contoh yang terbaik buatnya.

Bermula dengan pendedahan nama ‘Desa’ pada pangkal hujung nama Aziz, menurut Zhafir nama itu bukanlah bererti bapanya berasal dari mana-mana kampung sebaliknya Desa merupakan nama sebenar datuk mereka.

“Nama sebenar beliau “Abdul Azid Bin Desa”. Seorang anak muda kampung yang hebat bertutur kata dan ingin mengubah nasib keluarga dengan berhijrah ke kota “Kuala Lumpur”. Nama timangannya “Aziz Desa” bukan kerana beliau berasal dari kampung tapi sebab arwah atuk kami nama Desa.

“Jadi tolong jangan kaitkan nama atuk kami dengan kampung atau Desa. Itu nama orang lama-lama dulu. Beliau antara orang terawal dalam bidang penyiaran televisyen, sejak 1993. Alhamdulillah, sempat juga arwah menemu ramah Perdana Menteri dalam siaran Malaysia Hari Ini”

Punyai Tabiat Suka Membaca 

Jelas Zhafir lagi, biarpun dia dan adik-beradiknya merupakan anak kepada seorang pengacara yang hebat namun dia akui mereka tidak mampu menjadi seperti Aziz Desa yang diketahui ramai. Dedah Zhafir, sejak dahulu lagi arwah bapanya mempunyai tabiat suka membaca yang mana beliau akan membeli sehingga 6 jenis surat khabar untuk dibaca dalam satu masa. Malah Arwah Aziz juga gemar mengarang pelbagai sajak dan pantun termasuklah sebuah sajak yang berjudul ‘Andaiku diberi 50 tahun lagi’.

Since ada yang tertanya2 siapa ayah saya dan ada jugak yang nak mainkan nama arwah. Aku nak buat satu thread pendek untuk menghormati dan menghargai jasa arwah as "a good father". Koyak aku bila buat thread ni sebab terpaksa mengenangkan orang yg dah pergi.

He is " Aziz Desa " pic.twitter.com/SHmrCUu9zs

— maszhafir (@zhafirzhikri) July 30, 2019

Sempat Karang Sebuah Sajak

Menurut Zhafir, dia tidak menyukai sajak itu kerana arwah Aziz telah mengarangnya ketika beliau masih terlantar di hospital. Seperti tahu akan ajalnya bakal tiba, Arwah Aziz telah ditakdirkan menghadap Ilahi ketika pengacara itu berusia 50 tahun.

“Aku tak suka sajak tu sebab beliau karang waktu beliau terlantar di Hospital Langkawi. Tajuk sajak tu “Andaiku diberi 50 tahun lagi”. Tepat umur beliau 50 tahun, beliau pun menghembuskan nafas terakhir. Allah Maha Kuasa. Bila bercakap, arwah jarang menggunakan text tapi guna keypoint

Dan sebelum arwah meninggal, arwah ada buat lagu khas buat kesemua sahabat-sahabat baik beliau sepanjang 50 tahun beliau hidup. Lagu ni sangat sedih dan sentiasa mengalirkan airmata aku. Sayang sangat (beliau) dekat kawan-kawan “

Allahyarham Aziz Desa telah meninggal dunia pada 27 Disember 2015 akibat menghidap masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung.Hasil perkahwinan bersama Raden Norazlina Raden Jumari, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata, Mas Zharif Zhafri,Mas Zahiah Zafirah,Mas Zhafir Zhikri, Mas Zhamir Zhakwan, Mas Zhaeim Zhiddin dan Mas Zhiddin Zhiddan

anak aziz desaAziz Desa
https://lomp.at/bo5lq
Share204Tweet128SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN

Personaliti

Siapa Sebenarnya Nick Adams Yang Trump Pilih Jadi Duta Amerika Ke Malaysia? Pernah Sindir Taylor Swift?

by Phic ARMAN
July 11, 2025

Beberapa hari lepas, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, umum siapa calon pilihannya untuk jadi Duta Amerika ke Malaysia. Orangnya...

Read more
Personaliti

[VIDEO] “Guna Nama Anak Untuk Shopping” – Siti Nurhaliza Kantoi Banyak Berbelanja Online

Siapa sangka penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, rupa-rupanya aktif berbelanja secara dalam talian? Dalam sebuah video yang...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 10, 2025
Personaliti

[VIDEO] Cara Tengku Permaisuri Selangor ‘Lipat Napkin’ Raih Pujian Rakyat!

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 dalam satu majlis tertutup di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Pasangan...

Read more
by Amirul Fikry
July 10, 2025
Personaliti

[VIDEO] Aksi Anak Datuk Aliff Syukri ‘Ratah Butter’ Buatkan Netizen Terkejut-“Ada Ada Je Baim Ni”

Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala...

Read more
by Amirul Fikry
July 10, 2025
Personaliti

[VIDEO] Ketibaan Tun Mahathir & Isteri Disambut Baik Rakyat Jepun-“Diorang Kenang Jasa Tun”

Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali yang lahir pada 12 Julai 1926 merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri...

Read more
by Amirul Fikry
July 10, 2025
Personaliti

“Lepas Ni, Jom Normalise Kan Confrontation.” – Banteras Buli Siber, Uyaina Arshad Disokong Rakan Artis

Tindakan tegas selebriti dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad dalam menegur serta mendedahkan perbuatan buli siber terhadap dirinya baru-baru ini telah...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 9, 2025
Personaliti

[VIDEO] Nyanyian Ulang Tahun Datuk Jamal Buat Tun Mahathir Undang Pujian Netizen!

Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali yang lahir pada 12 Julai 1926 merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri...

Read more
by Amirul Fikry
July 9, 2025
Personaliti

[VIDEO] Telatah Spontan Tun Mahathir Lambai Tangan Buat Netizen Cair- “Comel…”

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan telatah spontan dan selamba beliau ketika bergambar...

Read more
by Phic ARMAN
July 8, 2025
Personaliti

[VIDEO] British Accent Tengku Amir Shah Buat Rakyat Terlupa Apa Yang Baginda Sebenarnya Cakap

Di laman TikTok The International Malaysian, sebuah video temubual bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah baru-baru ini mencuri perhatian...

Read more
by Phic ARMAN
July 8, 2025
Personaliti

[VIDEO] “Nyanyian Bibik Lagi Sedap Dari Datuk Aliff Syukri”-Netizen

Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadang kala...

Read more
by Amirul Fikry
July 8, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  5. 5

    Ini Reaksi P Diddy Setelah Terlepas dari Dakwaan Perdagangan S*ks

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem