Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes Properti

Suasana Desa! Intip Rumah Mewah Tom Cruise Bernilai RM240 Juta

by Phic ARMAN
August 1, 2019
Share on Facebook

Siapa saja yang tak kenal dengan aktor Hollywood Tom Cruise yang kacak dan digilai ramai peminat wanita. Selain beberapa buah filem hebat dibintangi beliau yang patut anda tonton, anda patut lihat juga rumah yang super mewah yang dimilikinya berkonsepkan suasana desa. Hebatnya lagi hampir semua sudut rumah ini diperbuat dari kayu tau!

Sepanjang kariernya 35 tahun lebih dalam industri perfileman, dia telah membintangi lebih dari 40 judul filem termasuk filem komedi, percintaan sampailah yang bergenre seram.

Dengan kejayaan yang diraih setakat ini, semestinya bukan menjadi masalah buat Tom Cruise membeli apa yang diinginkan. Salah satunya adalah rumah mewah yang bernilai USD 59 Juta ( RM 240 Juta) berikut ini:

Luas tanahnya mencapai 298 ekar dan saiz keluasan rumah 10,000 kaki persegi

Memetik dari Mountain Living, dengan luas tanah dan bangunan yang sebesar itu, tidak mengejutkan sekiranya Tom Cruise membeli dengan harga mahal sebegini.

Jika dilihat dari luar, rumah ini dibina dengan menggunakan material dari alam semula jadi yakni kayu dan sedikit batu bata di beberapa bahagian. Untuk memaksimakan pencahayaan dari sinar matahari ada banyak tingkap kaca yang dipasang.

Ini menambah lagi suasana desa, lagi-lagi banyak pohon-pohon tinggi yang mengelilingi seluruh rumah.

Ruang tamu yang sangat menenangkan

Masuk ke dalam rumahnya, anda akan dapat lihat banyaknya perabot yang cantik dengan warna-warna coklat yang hampir menyelimuti setiap sudut rumah.

Mulai dari sofa, meja kecil sampai tangga semua memanfaatkan sumber kayu yang sedap mata memandang. Ada juga 2 buah lukisan dan sebuah patung kepala kuda yang menambah seri di ruangan.

Ada tungku api di ruang tamu rumah Tom Cruise

Beranjak sedikit ke ruang tamu terdapat tempat yang dipenuhi oleh berbagai macam perabot seperti meja, sofa, pasu bunga sampai tungku api digunakan untuk menghangatkan suhu ruangan. Kerana jika musim dingin tiba, suhu disini boleh dibawah 10 darjah celcius.

Sofyank Beri Bayangan Bakal Berkolaborasi Dengan Tom Cruise Di Tokyo?

Salah satu hal yang paling menarik di rumah Tom Cruise ini adalah pemandangan gunung Wilson yang indah ketika cuaca cerah. Anda tak perlu pergi jauh-jauh untuk menikmatinya, cukup duduk di ruang tamu bersama teman-teman.

Dapur dan ruang makan

Beralih dari ruang tamu, ada dapur dan ruang makan yang lokasinya berdekatan. Sama seperti di ruangan lain, ornamen kayu berwarna coklat muda masih mendominasi bahagian ini. Ada 1 meja makan dan 6 kerusi makan yang menempatkan para tetamu.

Bilik tidur yang tak terlalu besar

Untuk tempat beristirehat Tom Cruise menyiapkan sebanyak 7 bilik tidur untuk keluarganya mahupun tetamu yang berkunjung ke sini. Walaupun dilihat tak terlalu luas tetapi suasananya yang ada di dalam bilik sangat nyaman.

Pemandangan terus ke gunung Wilson

Yang terakhir yang membuatkan rumah Tom Cruise ini istimewa adalah halaman belakangnya yang boleh melihat terus menghadap ke gunung Wilson.

Di sini tersedia 4 buah kerusi kayu untuk menikmati keindahan gunung sambil bersantai dengan keluarga atau teman-teman.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

istana Tom Cruisekampung Tom Cruiserekaan dalam rumah Tom Cruiserumah paling cantikTom CruiseTom Cruise rumah
https://lomp.at/32n1o
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem