Peluang ini hanya terbuka untuk rakyat Malaysia yang berumur 62 tahun ke atas sahaja! Bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan ke-62, Oppo melancarkan Jualan Merdeka ke-62 Oppo di mana semuanya berkait rapat dengan angka 62.
Seperti yang diumumka secara rasmi pada hari ini, OPPO menawarkan kepada semua warga emas berumur 62 tahun ke atas untuk menikmati rebat segera sebanyak RM62 apabila mereka membuat pembelian mana-mana telefon pintar Oppo di bermula hari ini 1 Ogos sehingga 1 September 2019.
Diskaun ini boleh didapati di salah satu dari 130 Stor Konsep Oppo di seluruh Malaysia.
Tapi ada syarat ya! Pelanggan hanya dibenarkan membeli satu telefon pintar dengan menunjukkan kad pengenalan diri sebagai bukti. Jangan tunggu lama-lama, kerana tawaran ini terhad kepada 6,200 unit terawal sahaja.
Jadi, jika mahu hadiahkan telefon pintar Oppo kepada mak ayah anda, bolehlah bawa sekali kad pengenalan mereka yang berusia 62 tahun dan ke atas untuk dapatkan rebate RM62 tu! Siapa nak bagi kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.