Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Big Stage 2019: Peminat Kecewa Dalia Farhana Tidak Tersenarai

by Khai Azfar
August 7, 2019
Share on Facebook

Semalam,seramai penuh 12 orang penyanyi muda yang akan berentap dalam program realiti nyanyian Big Stage musim kedua telah pun diumumkan dengan menyaksikan enam bintang lelaki dan enam bintang perempuan.

Senarai Peserta Big Stage 2019 

Lebih mengejutkan, musim kali ini menyaksikan peserta daripada negara lain iaitu dari Brunei, Korea, Thailand dan juga Indonesia. Manakala selebihnya adalah penyanyi muda tempatan. Berikut adalah senarai penuh bagi peserta Big Stage 2019 :

1. Santesh
2. Sheryl Shazwanie
3. Aziz Harun (Brunei)
4. Syada Amzah
5. Adzrin
6. Chaleeda Gilbert (Thailand)
7. Kucaimars
8. Dinda Permata (Indonesia)
9. Irfan Haris
10. Nita (I Am Neeta)
11. Fieya Julia
12. Jang Hanbyul (Korea)

Big Stage 2019 masih mengekalkan Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai pengacara nya manakala ‘kerusi’ juri tetap juga mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai salah seorang juri. Bagaimanapun tempat seorang lagi juri sebelum ini, Faizal Tahir akan digantikan dengan dua penyanyi terkenal Indonesia yang akan saling bergilir iaitu Judika dan Cakra Khan.

Peminat Kecewa Dalia Farhana Tidak Tersenarai 

Dalam perkembangan lain, sebaik sahaja diumumkan senarai peserta Big Stage bagi musim kali ini, tinjauan kami di laman Twitter mendapati terdapat sesetengah netizen yang berasa kecewa kerana bintang YouTube yang semakin meningkat naik, Dalia Farhana tidak tersenarai.

Insiden Amad Rebah, Syada Amzah Dakwa Lokasi TTMM 'Keras'- "Benda Tu Betul-Betul Atas Kepala Saya"

https://www.instagram.com/p/BgBmZ0Dg__U/

Malah kami di murai.my turut membuat survey mengenai peserta-peserta pilihan mereka untuk Big Stage 2019 tidak terkecuali bagi penyanyi ini.

Buat anda yang tidak tahu, Dalia mula dikenali peminat apabila sering kali membuat ‘cover’ lagu-lagu hits terkini serta turut berkesempatan untuk berduet bersama beberapa penyanyi tanah air termasuklah bintang Big Stage 2019 seperti Kucaimars, Syada Amzah dan Sheryl Shazwanie.

Juga berbakat dalam bermain alat muzik, Dalia kini tampil dengan sebuah single di dalam Bahasa Inggeris berjudul Take Care You.

https://www.instagram.com/p/BjmiKAqgtZG/

Big Stage musim kedua akan mula ditayangkan mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
big stageBig Stage 2019Dalia Farhanasenarai peserta big stage
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara