Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Lihat Hotel Mewah Jemaah Haji Di Tanah Suci Dengan Pakej RM180,000 Seorang

by Phic ARMAN
August 7, 2019
91
KONGSIAN
Share on Facebook

Penginapan atau hotel merupakan salah satu hal paling penting dalam ibadah haji. Ini kerana hotel menjadi tempat untuk mengawal aktiviti ibadah sekaligus sebagai tempat istirehat setelah melaksanakan ibadah.

Ada berbagai kelas hotel yang terdapat di sekitar Mekah. Biasanya makin dekat ke kawasan Kaabah banyak hotel dengan kelas 5 bintang. Agak sedikit jauh dari kaabah biasanya terdapat hotel bintang 4 dan bintang 3.

Nampaknya sejak kebelakangan ini, ramai jemaah menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk menunaikan ibadat haji dengan bayaran paling minimum RM36,500 dan paling mahal RM180,000 seorang. Pakej-pakej ini ada ditawarkan oleh sebuah syarikat agensi pelancongan yang bereputasi tinggi dan dipercayai hingga ke peringkat antarabangsa iaitu MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd.

Menurut pemerhatian kami, untuk Pakej yang paling mahal diberi nama sebagai Pakej Firdaus, di mana jemaah hanya perlu membayar kos sebanyak RM180,000 seorang yang merangkumi kelebihan tambahan seperti, penerbangan Business Class, Airport Khas (Ketika ketibaan di Saudi), Premium lounge dan kenderaan persendirian.

Bagaimana dengan penginapan yang didiami oleh jemaah haji dengan pakej ini ya?

Dar Al Tawhid Intercontinental Makkah

Ketika di Makkah, para jemaah akan dibawa ke Hotel bertaraf 5 bintang yang diberi nama Dar Al Tawhid Intercontinental Makkah.

Terletak di hadapan Masjidil Haram, Dar Al Tawhid Intercontinental Makkah hanya berjarak 10 meter dari Dataran Masjidil Al Haram dan Pintu Kaabah. Hotel ini  menawarkan tempat penginapan yang luas dan mewah yang menghadap ke masjid agung ini.

Hotel ini mempunyai bilik-bilik yang luas dan berperabot elegan, dengan kebanyakannya menyediakan panorama Masjidil Haram. Setiap bilik menampilkan hiasan yang halus serta mempunyai pelbagai kemudahan moden termasuk TV skrin rata dengan saluran satelit dan akses Wifi.

Dar Al Tawhid Makkah Intercontinental mempunyai 3 restoran untuk pilihan tetamu, yang menyajikan pelbagai masakan antarabangsa, serta banyak sajian istimewa Timur Tengah dengan pemandangan Masjidil Haram yang mempesonakan dan pastinya menjadikan antara hotel terbaik di mekah. Harga semalam hotel ini boleh mencecah RM4,000 semalam.

Hotel Dar Al Iman InterConti, Medina

Semasa jemaah haji berada di Madinah, mereka akan dibawa ke Hotel ini iaitu salah satu hotel 5 bintang paling digemari di pilih oleh ramai jemaah saat mengunjungi Madinah.  Jarak hotel ini ke Masjid Nabawi sekitar 450 Meter. Jalan kaki lebih kurang 10 minit.

Hotel ini terletak sangat strategik iaitu dekat dengan plaza Masjid Nabawi, menawarkan bilik-bilik dengan suasan mewah.

Semua bilik di Dar Al Iman InterContinental dilengkapi minibar, dan bilik mandi peribadi. Beberapa bilik menyediakan pemandangan Masjid Nabawi yang suci dengan harga semalam mencecah RM4,286. 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Hotel paling Dekat dengan KaabahHotel Paling Mewah MakkahIbadah Haji 2019Jemaah Haji 2019
https://lomp.at/3dkha
Share36Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem