Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Bimbang Konsert Westlife Tiada Permit, Ini Janji MacpiePro Kepada Peminat!

by Phic ARMAN
August 7, 2019
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini kecoh dengan kontroversi tindakan penganjur UnUsUaL Entertainment dan rakan sokongan MacpiePro mengumumkan pembatalan acara bertemu peminat penyanyi Korea Selatan, 2019 Kim Jae Hwan Fanmeeting MIN:D in Kuala Lumpur itu pada saat-saat akhir sekaligus mendatangkan masalah dan kemarahan peminat.

Ini kerana dikatakan ada peminat yang datang dari jauh menempah tiket penerbangan dan penginapan bagi menyaksikan artis kegemaran mereka beraksi di Stadium Melawati, Shah Alam.

Pembatalan konsert yang disebabkan oleh pihak penganjur tidak mendapat kelulusan permit dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu telah membuatkan peminat kumpulan Westlife di Malaysia merasa bimbang.

View this post on Instagram

A post shared by Trumpet International Sdn Bhd (@trumpet_international)

Ini kerana konsert mereka Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ In Kuala Lumpur  bakal berlangsung pada 8 dan 9 Ogos ini di lokasi yang sama iaitu Stadium Melawati, Shah Alam.

Apa-apa pun pihak penganjur Macpiepro telah dihubungi oleh MHE TV dan ini janji mereka kepada peminat setia Westlife.

“Sukacita kami maklumkan bahawa permohonan permit bagi Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ In Kuala Lumpur telah mendapat kelulusan dari semua pihak terlibat termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pihak kami sudah melakukan permohonan permit bagi konsert tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan. Kami amat berterima kasih kepada MBSA dan pihak yang terlibat kerana meluluskan permohonan permit bagi konsert ini,” kata Ketua Ketua Pegawai Eksekutif MacpiePro Berhad, Francis Leong.

Dalam kenyataan lain yang disiarkan oleh MHE TV, Ketua Pegawai Eksekutif Darul Ehsan Facilities Management (DEFM), Sdn Bhd, Rohaidi Tugiro turut mengesahkan kelulusan permit tersebut,

“Kami sudah meluluskan permit. Peminat jangan risau, mereka boleh menyaksikan konsert itu nanti,” katanya 

Jadi selepas ini, para peminat Westlife boleh lah menarik nafas lega selepas mendengar perkhabaran ini. Jadi sudahkah anda mendapatkan tiket Westlife The Twenty Tour Live in Malaysia ni ? Yang sudah ada tiket, pasti tak sabar kan? Yang belum beli, redha je lah, sebab kesemua tiket untuk 2 hari sudah habis dijual. Jumpa di sana ya!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Konsert Westlife Kuala Lumpur
https://lomp.at/ljyog
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem