Kurang dari sebulan lagi, Rakyat Malaysia bakal meraikan hari kemerdekaan yang ke -62 dan Realme Malaysia mengambil kesempatan ini bekerjasama dengan Shopee untuk menganjurkan promosi Realme Day pada 5 Ogos yang lalu.

IKLAN

Apa yang membanggakan, Realme Malaysia mengumumkan bahawa mereka berjaya mencatat rekod cemerlang di mana 500 unit Realme C2 berjaya dijual dengan harga RM 349 hanya dalam 30 minit. Menurut Shopee, kedai rasmi Realme di Shopee menerima lebih daripada 110,000 kali peminat melayari. Ramai tu!

Pada anda yang tidak tahu, Realme Day merupakan salah satu kempen yang dianjurkan di bawah Shopee Brands Festival, yang berlangsung dari sekarang hingga 18 Ogos. Pengguna yang berbelanja di Shopee Mall akan menerima tawaran dan promosi menarik, termasuk tawaran Shocking Sale serendah RM1 setiap hari, baucar Surprise Hour 50% serta hadiah sampingan apabila membeli produk terpilih.

Setiap pembelian di bawah Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan ketulenan 100% dan penghantaran percuma. Jika anda berminat juga pada peranti Realme, boleh layari kedai rasmi Realme di Shopee.