Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Jom Terokai 4 Penginapan ‘Paling Rare’ di New Zealand

by Phic ARMAN
August 8, 2019
Share on Facebook

New Zealand yang sememangnya terkenal dengan keunikan hospitaliti mereka dan memiliki reputasi sebagai tuan rumah yang paling ramah dan mesra di dunia. Tidak kira dari mana asal usul anda, anda tentu akan disambut dengan cara yang luar biasa setibanya anda di New Zealand.

Antara salah satu tarikan di New Zealand adalah tempat penginapannya yang unik. Bagi para pelancong yang suka mendekati alam semula jadi, mereka boleh memilih untuk menginap di ladang zaitun di Sungai Waiohine atau kotej mewah di ladang Alpaka. Bagi mereka pula yang ingin mengenali budaya tempatan, mereka boleh memilih kediaman penulis terkemuka, Jane Tolerton.

Ini adalah antara rumah-rumah penginapan yang wajib disinggah bagi mereka yang ingin merasa pengalaman dan mengenali budaya warga New Zealand!

Booklovers khas buat pencinta buku

Wartawan dan penulis terkenal, Jane Tolerton merupakan tuan rumah ‘Bed & Breakfast’, Booklovers B&B di Wellington. Jane Tolerton telah menerima gelaran ‘B&B Lady’ dalam repertoirnya sejak tahun 1999, dan juga pernah menerbitkan beberapa buku seperti “Covent Girls” dan “Sixties Chicks”.

Terletak di bandar Wellington, kediaman beliau telah menjadi perhatian para pengunjung yang ingin berbual-bual dengan penulis terkemuka ini sambil menikmati sarapan pagi yang dimasak oleh beliau. Para pengunjung juga boleh mengunjungi Muzium Te Papa dan Teater Circa, atau merasai pengalaman berjalan di laluan Lord of the Rings di sebelahnya.
Ini pastinya pengalaman yang berbaloi.

Tinggal bersama Alpaka di Penginapan Ladang Alpaka Silverstream

Para pelawat yang menyukai alam semula jadi pasti akan menemui apa yang dinanti-nantikan di Penginapan Ladang Alapaka Silverstream di Utara Canterbury.

Penginapan Ladang Alpaka Silverstream merupakan tempat persinggahan yang ideal buat mereka yang mahukan sebuah penginapan unik. Antara tarikan di Ladang Alpaka Silverstream adalah binatang alpaka yang dipelihara oleh Kit dan Cheryl. Mereka memiliki 200 ekor alpaka yang berkeliaran di ladang tersebut. Ini merupakan peluang untuk mendekati binatang ini.

Selain itu, ladang ini juga terkenal dengan penginapan ladang mewah yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden. Terletak 10 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch dan 30 minit daripada Daerah Pusat Perniagaan, Penginapan Ladang Alpaka Silverstream adalah pilihan tepat bagi mereka yang mahu menerokai bandar.

Rumah Penginapan di Wairarapa

Terletak bersebelahan dengan Sungai Waiohine , rumah penginapan nan indah ini memberi
ketenangan dari keriuhan bandar Greytown dan Carterton yang berdekatan. Lokasinya yang strategik menjadi pilihan kepada mereka yang gemar membeli-belah dan menikmati makanan tempatan.

Bukan itu sahaja, tuan rumah juga menyajikan sarapan kontinental setiap pagi untuk para tetamu dan menyediakan basikal bagi mereka yang ingin menerokai keunikan tempat ini. Lamannya yang besar juga amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti kriket, bola sepak atau kroket.

Para tetamu juga diberi peluang untuk membuat pizza mereka tersendiri atau menikmati hidangan tiga jenis sajian yang ringkas.

Kenali alam semula jadi di Pondok Abel Tasman

Pondok Abel Tasman terletak berdekatan dengan Taman Negara Abel Tasman. Ia mempunyai pelbagai chalet persendirian yang luas serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sebuah rumah. Ini menjadikannya pilihan penginapan yang tepat untuk pelancong yang mengidamkan percutian bertemakan alam semula jadi.

Abel Tasman menawarkan pelbagai jenis aktiviti seperti kayak, lawatan eko, menunggang kuda serta menerokai air terjun. Aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Bandar yang berdekatan, Mapua dan Moutere juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mendalami budaya masyarakat tempatan di pelbagai restoran dan kedai. Hospitaliti yang tiada tandingannya, tuan rumah, Jocelyn dan Scott Hendry sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan atau menerima cadangan tambahan oleh pengunjung. Maka tidak hairanlahpondok itu telah menjadi pilihan nombor satu di New Zealand bagi kategori ‘Small Hotel’ oleh TripAdvisor.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
New Zealand
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  3. 3

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara