Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

5 Hal Yang Patut Anda Tahu Sebelum Berkunjung ke Sunway Lagoon Sharknado Alive!

by Zaidin Albert
August 9, 2019
Share on Facebook

Sunway Lagoon telah melancarkan satu lagi tarikan terbaru untuk taman tema mereka, Sharknado Alive! bertempat di Scream Park, baru-baru ini.

Pengalaman dihantui ikan jerung sebagai tema utama bagi menarik pengunjung untuk merasai pengalaman menerujakan ini sememangnya mencuri tumpuan, setelah pengunjung di”kejut”kan dengan watak-watak lain seperti Zombie, hantu pocong dan juga pontianak sebelum ini.

Bagi menghangatkan lagi suasana di kalangan pengunjung yang berminat untuk ke sana, kami telah menyediakan sebanyak 5 fakta menarik tentang Sharknado Alive! yang wajib anda tahu.

Dari Filem ke Taman Tema

Buat pengetahuan semua, idea taman tema Sharknado Alive! ini merupakan cetusan ilham yang diadaptasi dari siri-siri filem Sharknado, arahan sutradara dari Amerika, Anthony C. Ferrente.

Ikan Jerung sebagai Tarikan Utama

Penggunaan ikan jerung sebagai “watak” dalam taman tema ini sememangnya memberi nafas yang baru bagi meraih perhatian ramai. Dipetik dari kata-kata Ferrente sendiri, ada sesetengah yang menganggap ikan jerung adalah menakutkan, tidak kurang juga ada yang menganggap sebagai suatu hiburan mahupun jenaka. Apapun kemunculan watak jerung ini pasti dapat membikin kejutan yang tak disangka-sangka.

Pengalaman 3D

Antara tarikan Sharknado Alive! termasuklah penggunaan teknologi 3D yang jarang ditemui di taman-taman tema yang sedia ada. Antaranya ialah penggunaan kaca mata 3D dalam perjalanan melalui terowong yang dipenuhi imej jerung, dan juga penataan cahaya serta laser, seolah-olah pengunjung berjalan di dalam air. Menarik bukan?

Pengunjung juga dapat dijanjikan dengan pengalaman seolah berada di set penggambaran filem berkenaan, lengkap dengan adanya set teknologi skrin hijau yang digunakan untuk filem tersebut.

Tarikan-tarikan Lain

Selain di Scream Park, Sharknado Alive! juga menawarkan aktiviti lain seperti Sharknado Dunk Tank dan juga Sharknado Blast. Selain itu, pihak Sunway Lagoon juga menawarkan kelas berenang skuba bagi yang berminat, lengkap dengan kostum jerung yang lain dari yang lain. Pengunjung juga dapat dihiburkan dengan beberapa persembahan hebat bagi memeriahkan suasana.

Kemunculan Khas Selebriti Tempatan

View this post on Instagram

A post shared by Sunway Lagoon Malaysia (@sunwaylagoonmalaysia)

Taman tema Sharknado Alive! ini boleh dikatakan berstatus antarabangsa, dari ilham yang dicetuskan oleh Ferrante hinggalah ke teknologi cangih yang digunapakai setaraf filem-filem Hollywood.

Namun begitu, pihak Sunway Lagoon telah menampilkan beberapa wajah selebriti tempatan bagi mempromosikan Sharknado Alive!, selebriti tersebut termasuk pelakon Nadia Brian, Keith Foo dan juga selebriti media sosial yang meningkat naik, Rose Nicotine.

View this post on Instagram

A post shared by Sunway Lagoon Malaysia (@sunwaylagoonmalaysia)

Sempena cuti sekolah Ogos ini, Sunway Lagoon Sharknado Alive! menawarkan harga tiket dengan harga RM202 bagi pengunjung yang berusia 12 tahun ke atas manakala RM170 bagi pengunjung yang berumur bawah 12 tahun.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Kumpulkan ahli keluarga serta kawan-kawan dan tempah tiket anda sekarang! Segala maklumat tentang Sharknado Alive! dapat didapati dengan melayari laman web sunwaylagoon.com/sharknadoalive

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/156yv
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem