Bercakap mengenai FamilyMart, sudah pastinya terfikir akan keenakan aneka Oden yang tular sehingga ke hari ini. Dek kerana penangan Oden tersebut, rakyat Malaysia secara kreatifnya telah mencipta resipi Oden sendiri untuk dimakan bersama keluarga di rumah.

FamilyMart Perkenal Sup Oden Perisa Baharu 

Tidak dinafikan, Oden yang disediakan bersama sup tomyam yang pedas dan dimakan panas-panas sememangnya berjaya menambat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Terbaharu, berita gembira buat peminat Oden FamilyMart telah memperkenalkan sup oden perisa baharu iaitu ‘spicy korean soup’.

IKLAN

Hanya Untuk Masa Terhad 

Dengan pengenalan ini sekaligus menyaksikan pilihan sup Oden tersedia dengan dua variasi. Bagaimanapun ‘spicy korean soup’ ini hanyalah untuk masa yang terhad sehingga 24 September 2019. Selain dari Oden, terdapat juga pilihan lain untuk masa terhad menerusi promosi ‘Around The World’.

Untuk anda yang berminat, boleh mencuba sendiri sup Oden terbaharu ini di semua cawangan FamilyMart kecuali di FamilyMart [email protected], FamilyMart IOI City Mall, FamilyMart Mid Valley Tingkat 3 dan Resorts World Genting. Untuk maklumat lanjut layari Facebook FamilyMart Malaysia