Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Dah 80 Tahun Rupanya! Bedak Agnesia Hygiene Care Kini Tampil Dengan Wajah Baru

by Phic ARMAN
August 13, 2019
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah berjaya memantapkan kedudukannya selama lebih 80 tahun, bedak Agnesia Hygiene Care kini menampilkan wajah terbaru dibawah rangkaian produk Beau Carenya dengan dua haruman menyegarkan iaitu lavender dan ros. Ia didatangkan dalam bekas 100g dan dirumus secara eksklusif bagi menghasilkan haruman yang memikat lagi menyenangkan.

Terbukti berupaya membasmikan 99.9% bakteria dan TIDAK MENGANDUNGI Asbestos, bedak Agnesia Hygiene Care sangat terkenal kerana rumusannya yang melegakan dan menenangkan.

Ia mengandungi bahan pelindung serta anti bakteria dengan 25% Zink Oksida dan 0.5% Chlorohexidine. Bedak pelindung yang menjadi pilihan ramai ini membantu menyerap lembapan berlebihan pada kulit. Ia juga berkesan melegakan kegatalan kulit.

Agnesia Hygiene Care – Ros
Agnesia Hygiene Care – Lavender

“Kita sememangnya beruntung kerana dapat menikmati sinaran matahari dan cuaca tropika sepanjang tahun. Namun, kerana kita berada dekat dengan air, cuaca sentiasa lembap sekali gus membuatkan kita mudah berpeluh.

Oleh yang demikian, bedak Agnesia Hygiene Care merupakan pilihan terbaik kerana ia berupaya memberikan keselesaan dan kekeringan kepada para pengguna agar mereka sentiasa segar dan lega daripada kegatalan kulit,” kata Penolong Pengurus Besar Apex Pharma, Ang Girl Bee. Apex Pharma merupakan syarikat induk rangkaian bedak Agnesia.

“Semenjak ia mula ditemui lebih 80 tahun lalu, bedak Agnesia telah memainkan peranan penting dalam melindungi keluarga daripada kegatalan kulit dan memberikan kebebasan kepada mereka untuk melakukan aktiviti harian bersama-sama orang yang tersayang. Ia merupakan produk isi rumah yang sangat dipercayai oleh setiap generasi dalam memberi perlindungan selamat dan keselesaan yang dirumus khas untuk seluruh peringkat usia termasuk bayi seawal 3 bulan dan ke atas,” tambah Ang.

Bedak Agnesia disahkan Halal dan elok digunakan setiap kali selepas mandi bagi memberikan kesegaran sepanjang hari. Rangkaian bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.agnesia.com.my

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/1c06r
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem