Saturday, August 30, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Boboiboy Movie 2 Kutip RM9.9 Juta Dalam Masa 5 Hari!

by Khai Azfar
August 14, 2019
Share on Facebook

Suka untuk kami gambarkan 2019 adalah tahun animasi Malaysia! Manakan tidak pada tahun ini kita menyaksikan tiga animasi terkenal negara iaitu Upin & Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali sekali lagi ditayangkan di pawagam menerusi filem terbaharu mereka.

Ketika ini, filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal telah diiktiraf sebagai filem animasi tempatan yang mencatat kutipan terbanyak sepanjang zaman. Manakala Boboiboy Movie 2 sedang hangat ditayangkan sebelum Ejen Ali tampil memberi saingan pada hujung tahun ini.

RM9.9 Juta Kutipan 

Terbaharu, satu lagi rekod membanggakan buat industri filem animasi tempatan apabila Boboiboy Movie 2 telah mencatat sebanyak RM 9.9 Juta kutipan hanya dalam masa 5 hari.

Malah menurut edaran kepada pihak media jumlah tersebut juga bersamaan 763,000 jumlah penonton.

Sebelum ini, filem itu turut melakar sejarah baharu sebagai produksi animasi tempatan mencatat kutipan tertinggi apabila meraih RM1.18 juta pada hari pertama tayangan.

Dijangka Akan Pecah Rekod Terdahulu

Menerusi filem nya terdahulu, rekod untuk meraih kutipan yang sama mengambil masa sehingga 13 hari dan mencatat kutipan keseluruhan sebanyak RM18 juta. Dengan rekod tersebut, Boboiboy The Movie menduduki tempat ke 7 di belakang filem Abang Long Fadil 2 sebagai filem yang mencatat jumlah terbanyak sepanjang zaman.

Dalam erti kata lain,  Boboiboy Movie 2 dijangka akan menandingi rekod terdahulu. Kami yang sudah menonton filem ini akui ianya antara yang terbaik dan tidak mustahil untuk menontonnya buat kali kedua.

Boboiboy Movie 2kutipan filem Boboiboy Movie 2
https://lomp.at/0ag0p
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Belanja’ Konsert Percuma Dalam Pesawat, Tetapi Lain Pula Yang Netizen Puji

  2. 2

    Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima, Curi Perhatian Netizen!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Ernie Zakri, Khawla Menyanyi Lagu Kemerdekaan Buatkan Netizen Teruja

  4. 4

    [VIDEO] Tya Arifin Beli Kasut Kepada Ibu Bapa, Curi Perhatian Netizen-“Saya Jeles Laa.”

  5. 5

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem