Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Hotel Monopoly Pertama Di Dunia! Ini Yang Kami Tahu Setakat Ini

by Khai Azfar
August 14, 2019
Share on Facebook

Ada sesiapa yang suka dengan permainan Monopoly? Tidak kira tua atau muda, tanpa mengira usia permainan ini mempunyai nostalgia nya tersendiri sejak dahulu lagi dan masih seronok dimain sehingga ke hari ini.

Fakta Menarik Mengenai Monopoly Mansion by Sirocco

Dalam pada itu, buat anda yang tidak tahu sebuah hotel bertemakan permainan ini akan dibuka tidak lama lagi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bukan sahaja menarik, malah beberapa rekod turut dicipta. Berikut kami tampilkan beberapa info yang kami tahu setakat ini.

Monopoly Mansion by Sirocco, Kuala Lumpur Hotel Monopoly Pertama Di Dunia

Jika di Johor terletaknya hotel Legoland, dunia bakal menyaksikan Hotel Monopoly yang pertama dibuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dikenali sebagai Monopoly Mansion by Sirocco, hotel ini dijangka akan dibuka pada hujung tahun ini. Teruja bukan?

Tersenarai Dalam Lonely Planet

Bukan itu sahaja, belum pun dibuka namun hotel lima bintang ini sudah tersenarai dalam Lonely Planet. Menduduki tangga keenam dalam senarai, Monopoly Mansion by Sirocco disenarai sebagai ‘Best New Attraction For Kids In 2019’

Temuduga Bertemakan Gatsby Tular Di Media Sosial

Gambar sumber : Salam Today

Seperti yang dijangka, akan dibuka pada hujung tahun ini sebuah temuduga bagi mencari tenaga kerja bagi hotel yang menempatkan 255 bilik ini telah pun diadakan. Menariknya lagi, temuduga tersebut diadakan dalam tema Gatsby, sesuai dengan konsep hotel nya yang mengetengahkan tema 1920s Great Gatsby.

Terletak Di Kawasan M101 Bukit Bintang

Fakta ini benar-benar membuatkan kami berasa sangat teruja! Manakan tidak, Monopoly Mansion by Sirocco terletak di kawasan M101 Bukit Bintang, sebuah lokasi baharu yang akan menjadi tumpuan pelancong tidak lama lagi. Bukan sahaja Hotel Monopoly, disini juga terletaknya M101 Skywheel, sebuah bangunan pencakar langit berketinggian 316 meter.

Bangunan 78 tingkat ini sememangnya unik kerana ianya bakal menjadi world’s tallest 60-metre span ferris wheel between two high-level buildings. Dikatakan bangunan yang juga pusat membeli belah ini akan menempatkan sebuah Ferris Wheel di tingkat 48. Di atasnya juga akan dibuka hotel Planet Hollywood yang pertama di Asia. Kesemua bangunan unik telah diterajui oleh M101 Holdings Sdn Bhd.

Hotel MonopolyHotel Monopoly Kuala LumpurM101 SkywheelMonopoly Mansion by Sirocco
https://lomp.at/y1pzk
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem