[VIDEO] Mia Khalifa Kongsi Pengalaman Ngeri Selepas Jadi Bintang Porno Berhijab

241

Nama Mia Khalifa sememangnya sangat dikenali dalam industri filem porno suatu ketika dahulu. Walaupun sudah lama meninggalkan industri tersebut, wanita 26 tahun ini tetap menjadi salah satu nama yang popular di bidang ini.

Mia Khalifa

Ini kerana salah satu filem panas yang dibintangi Mia Khalifa pernah mencetuskan kontroversi di seluruh dunia di mana dia mengenakan hijab.

Mia Khalifa baru-baru ini diwawancara dengan YouTuber dan motivator Megan Abbott mengenai pengalamannya dalam penggambaran filem panas kontroversi ini.

IKLAN

Sebenarnya sejak awal lagi dia memiliki firasat bahawa filem ini akan membawa hal buruk baginya.

“Apa yang aku berkata kepada mereka saat menawarkan adegan ini, secara spontan, ‘”kalian bakal membuatku terbunuh’,” kata Mia Khalifa seperti dipetik dari video yang diterbitkan pada 4 Ogos 2019 lalu ini di saluran YouTube Meghan Abbot.

“Aku sudah menjangkakan ini bakal kontroversi, tapi tak sangka  sedahsyat ini,” tambahnya

Mia Khalifa bercerita bahawa seminggu sebelum filem kontroversial ini dikeluarkan, dia sebenarnya sempat berfikir untuk menarik diri dari industri filem panas. Ini kerana, beberapa rakannya sudah dapat menghidu bahawa dia menjadi aktres filem porno.

“Rasa malu mula muncul. Ada ketakutan tentang perubahan dan bagaimana cara orang memandangku. Sempat terfikir, adegan hijab ini mungkin akan jadi yang terakhir buatku,” tuturnya.

Namun tak lama kemudian filem panasnya dengan hijab ini terus menjadi viral dan diwartakan oleh media dunia.

IKLAN

“Sehari setelah adegan ini dikeluarkan, habis semua kecoh. Awalnya di Instagram-ku hanya ada 400 followers lalu jadi 200 ribu dalam waktu tiga hari,” katanya.

“Angka ini terus meningkat dan meningkat, lalu ISIS menggodam akaun Instagramku,” tuturnya.

Diancam Bunuh

ISIS (The Islamic State of Iraq and Syria) bukan sahaja menggodam akaun Instagram wanita yang dilahirkan di Beirut itu sahaja tetap mereka juga memberinya ancaman bunuh. Mia Khalifa mendapati gambar wajahnya yang dilekatkan pada foto seseorang yang dipancung oleh ISIS.

“Mereka mengatakan ‘Kamu telah memalukan nama muslim’, tapi saya kan katolik!” katanya.

Namun, muncul foto yang kemudian membuatnya merasa benar-benar terancam. Iaitu gambar yang memperlihatkan kediamannya. Mia bimbang ada orang yang benar-benar mengenali dan tahu tempat tinggalnya.

“Ketakutan yang lain muncul, saya tinggal di hotel selama dua minggu, ini jauh lebih menakutkan dari gambar Photoshop [foto pemenggalan] itu,” ujarnya.