Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Terus Cipta Rekod! Boboiboy Movie 2 Kaut RM21 Juta Dalam 11 Hari Tayangan

by Khai Azfar
August 20, 2019
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti yang kami jangka, filem animasi tempatan BoboiBoy Movie 2 terus mencipta rekod peribadi mereka sendiri. Sebelum ini, filem kedua BoboiBoy ini terlebih dahulu mencatat kutipan tertinggi filem animasi apabila meraih RM1.18 juta pada hari pertama tayangan.

RM21 Juta Dalam 11 Hari Tayangan 

Selepas mendapat RM 9.9 Juta kutipan hanya dalam masa 5 hari, BoboiBoy Movie 2 meraih satu lagi rekod apabila kutipan terkini adalah sebanyak RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan di pawagam.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Astro Shaw di laman Instagram mereka, penghargaan terima kasih turut dititipkan buat mereka yang memberi sokongan pada tayangan filem ini.

Bakal Pecah Rekod Filem Animasi Tempatan 

Terdahulu, filem pertama BoBoiBoy mengambil masa 56 hari untuk mencapai kutipan RM15.8 juta. Manakala Upin & Ipin : Siamang Tunggal yang berada di tangga ke-4 telah diiktiraf sebagai filem animasi tempatan yang mendapat kutipan filem tertinggi sepanjang zaman dengan perolehan sebanyak RM25 Juta. Dengan kutipan terkini serta tayangan BoboiBoy Movie 2 masih ditayangkan, dalam beberapa hari ini kita bakal menyaksikan filem ini memecah rekod baharu filem animasi tempatan!

Kutipan Terkini Filem Tertinggi Sepanjang Zaman (Sehingga Ogos 2019)

  1. Munafik 2 -RM40 Juta
  2. Hantu Kak Limah 3 – RM36 Juta
  3. Paskal – RM30 Juta
  4. Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal : RM25 Juta
  5. BoboiBoy Movie 2 : RM21 Juta (masih ditayangkan)
  6. Polis Evo 2 : RM20 Juta
  7. Abang Long Fadil 2 : RM18.15 Juta
  8. Polis Evo : RM17.74 Juta
  9. Munafik : RM 17.04
  10. The Journey : RM 16.87 Juta
Boboiboy Movie 2kutipan filem Boboiboy Movie 2
https://lomp.at/e23v7
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem