9 Kerabat Diraja Pahang Ini Dikenali Dengan Gelaran Baharu

849
KONGSIAN

Sebelum ini, putera sulung Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong,Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Tunku Azizah, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang pada 29 Januari lalu.

3 Putera Raja Dengan Gelaran Baharu 

Terbaharu, menyusuli panggilan hormat Tengku Hassanal, Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang ke-112 yang bersidang pada 15 Ogos lalu telah mengeluarkan pengisytiharan pengurniaan gelaran dan panggilan hormat bagi kerabat Diraja Pahang yang baharu.

Tiga lagi putera Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini mendapat pengurniaan gelaran baharu iaitu Tengku Amir Nasser telah bergelar Tengku Panglima Raja,Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah mengisi kekosongan gelaran Tengku Arif Bendahara dan ‘puteran bongsu’, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah kini dikenali sebagai Tengku Panglima Muda.

  1. YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser
  2. YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
  3. YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah

Puteri Pahang Dikenali Dengan Tengku Puteri Raja 

Tiada dalam gambar : YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan

Tidak terkecuali, puteri-puteri baginda berdua turut menerima gelaran baharu yang mana kesemua lima puteri Pahang akan menggunakan gelaran Tengku Puteri Raja di hadapan nama mereka.

  1. YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan
  2. YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera
  3. YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana
  4. YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatu’llah
  5. YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah 

Manakala, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom kini dikenali dengan gelaran baharu iaitu Cik Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah. 

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN