Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home HotList

5 Fakta Menarik Mengenai Tengku Hassanal Ibrahim Yang Ramai Tidak Tahu!

by Khai Azfar
January 24, 2019
Share on Facebook

Khabar berita mengenai Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah yang akan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari ini di Istana Abu Bakar benar-benar mencuri perhatian.

5 Fakta Menarik Mengenai Tengku Hassanal Ibrahim 

Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang kacak persis ‘Prince Charming’, malah keperibadian Tengku Hassanal yang sentiasa rendah diri yang dididik oleh Ayahanda dan Bondanya sejak kecil lagi dipuji rakyat jelata. Buktinya, kebanyakan aktiviti kemasyarakatan di Pahang akan sentiasa dihadiri oleh keluarga diraja ini. Buat anda yang tidak tahu, murai.my rangkumkan 5 fakta menarik mengenai bakal Tengku Mahkota Pahang ini.

Anakanda Keempat Sultan Pahang

Ramai yang tertanya mengenai susur galur keluarga diraja ini yang barangkali agak mengelirukan. Jika dilihat pada keluarga besar Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,baginda Sultan mempunyai 10 orang anakanda dimana sebelum dikurniakan cahaya mata, baginda dan isteri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengambil seorang anak angkat, YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah.

Bersama Tunku Azizah, pasangan diraja ini dikurniakan enam orang cahaya mata namun anak sulung baginda berdua, YM Tengku Ahmad Iskandar Shah, mangkat sebaik sahaja diputerakan pada 24 Julai 1990. Bersama Cik Puan Julia Rais pula, Sultan Abdullah mempunyai tiga orang cahaya mata yang kesemuanya puteri.

Anakanda Sultan Pahang Ke -6 

  1. YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim 25 Ogos 1987 (32 tahun)
  2. YM Tengku Ahmad Iskandar Shah 24 Julai 1990 ( 29 tahun)
  3. YM Tengku Puteri Iman Afzan 11 November 1992 (27 tahun)
  4. YM Tengku Ilisha Ameera 1 Oktober 1993 (26 tahun)
  5. YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah 17 September 1995 (24 tahun)
  6. YM Tengku Ilyana 20 April 1997 (22 tahun)
  7. YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah 17 Ogos 1997 (umur 21)
  8. YM Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah 11 September 2000 (19 tahun)
  9. YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah 11 September 2000 (19 tahun)
  10. YM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah 27 April 2002 (17 tahun)

Sedang Sambung Belajar

Tengku Hassanal merupakan bekas pelajar di Sekolah Rendah St. Thomas Kuantan menyambung pelajar ke peringkat menengah dan Universiti di United Kingdom sebelum meneruskan pelajaran peringkat ijazah di Geneva, Switzerland.


Tengku Mahkota Pahang ini berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Hubungan Antarabangsa (BA- IR) selepas tiga tahun menuntut di The Geneva School of Diplomacy and International Relation (GSD). Terbaru, Tengku Hassanal sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom sehingga hujung tahun ini.

Sepupu Kepada Tunku Mahkota Johor

Kepada yang tidak tahu, Tengku Hassanal juga merupakan sepupu kepada Tunku Mahkota Pahang, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kedua-dua putera diraja ini merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Iskandar dimana Bonda Tengku Hassanal merupakan adik beradik dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Jadi Tengku Panglima Besar Kurang Dari Setahun

Ketika ini, Tengku Hassanal masih lagi bergelar Tengku Panglima Besar setelah diisytiharkan pada 18 Jun 2018. Berdasarkan tarikh yang diberi iaitu pada 28 Januari 2019, istiadat pemasyhuran Tunku Mahkota Pahang akan dilaksanakan sekaligus memperlihatkan Tengku Hassanal bergelar Tengku Panglima Besar kurang dari setahun.

The Hottest Prince In Malaysia!

Seperti artikel kami terdahulu, Tengku Hassanal turut tersenarai dalam 5 putera raja di Malaysia yang paling kacak. Boleh dikatakan memiliki pakej yang lengkap, tidak hairanlah bakal Tunku Mahkota Pahang ini digelar sebagai antara the hottest prince in Malaysia!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shahtengku mahkota pahang
https://lomp.at/xl8hf
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem