Sebelum dikenali sebagai seorang pelakon, Dwayne Johnson terlebih dahulu mencipta nama menerusi World Wrestling Federation (WWF) sebagai ahli gusti yang dikenali sebagai The Rock. Dek popularitinya itu, nama The Rock dikekalkan sehingga ke hari ini.

Pelakon Yang Menerima Bayaran Tertinggi 

Menerusi laporan antarabangsa, nama The Rock kini antara yang terhangat di Hollywood apatah lagi filem terbaharunya Hoobs & Shaw mendapat kutipan yang cukup memberangsangkan di seluruh dunia dan masih hangat ditayangkan sehingga hari ini. Ekoran kejayaan tersebut, Dwayne kini telah diiktiraf sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi bagi tahun 2019.

IKLAN

Rampas Kedudukan George Clooney 

Jika pada tahun 2018 menyaksikan George Clooney dengan capaian $239 million memegang takhta sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi, tahun ini menyaksikan Dwayne merampas gelaran tersebut.

Dengan pencapaian itu, ianya bukanlah satu fakta yang mengejutkan. Ini kerana pada tahun 2018, Dwayne telah menduduki tangga kedua dengan bayaran sebanyak $124 million. Malah segala pencapaian serta pembabitannya sebagai duta dan sebagainya dalam pelbagai bidang tidak hairanlah aktor ini menerima bayaran yang cukup lumayan.