Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Kekayaan Cecah RM1.68 Billion, Ini Deretan Rumah Mewah Milik Taylor Swift

by Phic ARMAN
August 27, 2019
41
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, penulis lagu dan aktres Taylor Swift adalah salah satu selebriti muda paling berjaya dalam kariernya di dunia hiburan.

Mula dikenali sejak tahun 2004, nama Taylor Swift terus melonjak naik hingga dianggap sebagai salah satu penyanyi terkaya di Amerika Syarikat.

Menurut celebritynetworth, pemilik nama penuh Taylor Alison Swift memiliki jumlah kekayaan mencapai US$ 400 juta yang setara dengan RM1.68 Billion. Selain gaji tahunan US$ 150 juta atau RM631 Juta.

Tidak hanya itu, Swift juga berada di puncak senarai selebriti  pendapatan paling tinggi di dunia versi Forbes dengan berada kedudukan tempat ke-21.

Kekayaan bekas kekasih John Mayer ini berasal dari penjualan album yang laku keras. Terdapat juga konsert di seluruh dunia di mana tiket habis dijual. Dan pelbagai iklan dan perniagaan yang dikendalikannya salah satunya dalam bidang hartanah.

Dengan kekayaan fantastik itu, wajarlah Swift mempunyai banyak aset pada harga yang sangat tinggi. Salah satunya adalah satu barisan rumah mewah.

Ingin tahu bagaimana rupa beberapa rumah Taylor Swift di beberapa bandar di Amerika Syarikat? Jom semak!

Kota New York

Dipetik dari Dailymail.co.uk, pada tahun 2014, Swift didapati membeli dua buah penthouse berdekatan di bangunan Tribeca. Selebriti berusia 29 tahun itu kemudian mengubah suai dua penthouse itu menjadi satu penthouse yang lebih besar yang terdiri daripada 10 bilik mandi dan 10 bilik tidur.

Bukan itu sahaja, rumah itu juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah, salah satunya adalah meja snooker. Swift terpaksa membelanjakan sehingga AS$ 30 juta atau sekitar RM124 Juta untuk memiliki penthouse mewah impiannya.

Kemudian Pada 2017, Swift membeli sebuah lagi townhouse mewah empat tingkat bersebelahan penthouse-nya dengan harga AS$ 12.5 juta atau RM52.5 Juta. Rumah ini dilengkapi dengan teater rumah, gimnasium, bar dan bilik-bilik yang super mewah.

Los Angeles

Pada tahun 2011, Taylor Swift didapati membeli rumah mewah bernilai US$ 3.55 juta atau sekitar RM15 Juta yang terletak di kawasan Beverly Hills di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Rumah dengan keluasan 262.5 meter persegi mempunyai empat bilik tidur dan empat bilik mandi. Bukan itu sahaja, rumah ini juga dilengkapi dengan gelanggang tenis dan villa kecil khas untuk tetamu.

Nashville

Ketika berusia 20 tahun, Taylor Swift membeli sebuah apartemen mewah di Nashville, Tennessee dengan harga US$ 2 juta (RM8 Juta)

Pangsapuri ini mennyediakan permandangan latar langit bandar Nashville yang dapat dinikmati secara langsung melalui tingkap. Bukan itu sahaja, pangsapuri seluas 377 meter persegi ini direka dengan dinding bata dan pelbagai kertas dinding yang bercorak.

Rhode Island

Seterusnya adalah rumah percutian Swift yang terletak di pantai Watch Hill, Rhode Island. Rumah dengan keluasan 1,115 meter persegi telah dibeli oleh Swift dengan harga mencapai US$ 17.75 juta (RM75 Juta).

Rumah dengan tujuh bilik tidur, pemandangan kolam renang terus ke Little Narragansett Bay biasanya digunakan oleh Swift untuk berpesta dengan kawan-kawannya.

Itulah deretan rumah mewah yang dimiliki oleh Taylor Swift dengan nilai super hebat. Rumah Swift yang mana anda suka?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/t8cky
Share32Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem