Demi menghargai pelanggan di Malaysia, OPPO telah bekerjasama dengan Lazada dan Shopee 9.9 Jualan Hari Mega, untuk mengadakan jualan besar-besaran secara dalam talian di mana pemotongan harga pada telefon dan aksesori OPPO sehingga RM 1,000!
Jualan ini bermula dari 1 hingga 9 September 2019 di mana pelanggan OPPO bakal menikmati baucar istimewa dan penurunan harga pada telefon pintar dan aksesori. Menarik bukan? Inilah masanya untuk dapatkan telefon OPPO dengan harga yang gila murah!
Semasa Jualan Hari Mega 9.9, model OPPO terpilih seperti F11, R17 Pro, A83,
A7 dan A3 akan mempunyai diskaun khas. Bagi memanfaatkan sepenuhnya jualan besar-besaran ini, anda boleh lawati Lazada dan Kedai Rasmi OPPO di Shopee, kemudian muat turun baucer OPPO untuk menikmati tawaran Istimewa Jualan Hari Mega 9.9.
Apa yang menarik perhatian kami, telefon pintar OPPO R17 Pro bakal dijual dengan harga RM1,599 di mana harga asalnya RM2,699 iaitu pengurangan harga sehingga RM1,100. Berbaloikan?
Ada lagi yang lebih menarik! Semasa tempoh promosi ini, Lazada dan Shopee akan menawarkan penghantaran secara percuma eksklusif semasa Jualan Hari Mega 9.9 berlangsung. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membeli beberapa produk OPPO yang hebat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.