Baru-baru ini salah satu jenama mi segera terkenal di Indonesia juga dikenali di Malaysia, Mie Sedaap, mengumumkan bahawa aktor dan ahli kumpulan boyband popular Super Junior, Choi Siwon dilantik secara rasminya sebagai model iklan terbaruya .
Jadi ramai yang tertanya-tanya, kenapa Siwon dipilih? Terdapat beberapa kemungkinan yang munasabah mengapa Siwon dipilih sebagai model untuk produk mi segera Indonesia ini. Lihat 5 sebab ini seperti yang dilaporkan oleh laman IDN times.
Selalu Berkunjung ke Indonesia
Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya Super Junior (SuJu) mempunyai hubungan istimewa dengan Indonesia, termasuk untuk Siwon sendiri. Siwon dikatakan sering berkunjung ke Indonesia dan sekaligus pemilihan Siwon sebagai duta jenama produk terkini dari Mie Sedaap sangat sesuai memandangkan Siwon memang sangat dekat dengan para peminatnya di Indonesia.
Suka makanan tradisi Indonesia
Nampaknya pemilihan Siwon sebagai duta jenama produk mi segera Indonesia ini bersesuaian dengan selera Siwon sendiri. Ternyata Siwon tidak hanya menyukai suasana budaya di Indonesia, tetapi juga menyukai masakan Indonesia. Ia telah dibuktikan oleh Siwon ketika sesi bertemu peminat di Jakarta, dimana dia dilihat menikmati makanan ringan tradisional seperti klepon, talum dan putu.
Mempunyai wajah yang ‘sejuk mata memandang’
Sebagai pelakon dan salah satu anggota boyband, Super Junior, Siwon sememangnya berbakat dan mampu menyanyi dan menari. Selain itu Siwon dianugerahkan paras wajah yang ‘sedap’ mata memandang dan tubuh yang tegap seperti model. Maka sesuai sangatlah dia di pilih untuk menjadi model ikan Mi Sedap.
Fasih mengucapkan kata ‘sedap’
Bukan sahaja pandai berbahasa Inggeris, Siwon juga diam-diam belajar bahasa Indonesia. Jika orang asing yang belajar bahasa Indonesia biasanya berkata ‘Terima kasih’ dan ucapan salam, tapi berbeza bagi Siwon.
Dalam acara bertemu peminat di Jakarta beberapa hari yang lalu, Siwon dengan fasih berkata beberapa kali perkataan ‘Sedap’. Nampaknya Siwon sedang giat belajar bahasa Indonesia.
Ramai Peminat Setia Di Indonesia
Kemasyhuran Siwon mahupun Super Junior di Indonesia tidak boleh dinafikan sehinggalah Presiden Jokowi pun pernah bergambar dengan mereka. Siwon dan Super Junior sendiri sudah mempunyai ramai peminat fanatik yang setia dari masa lalu sehingga sekarang. Tidak hairanlah Siwon dipilih sebagai model produk Mie Sedaap!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.