Program Muzikal Lawak Superstar bakal melabuhkan tirainya pada hari ini. 4 kumpulan – Newboh, Botak, JBorn dan juga UNI bakal bersaing untuk merebut gelaran juara bagi musim pertama program tersebut.

Sejak awal lagi program ini telah menarik perhatian ramai peminat oleh kerana program ini bukan sahaja membariskan para pelawak sebagai peserta, malah artis lain yang terdiri daripada pelakon dan penyanyi juga terlibat dalam menjayakan program yang disiarkan langsung dari Dewan MBSA Shah Alam ini.

IKLAN

Selain itu, keletah 2 pengacara program ini, Nabil Ahmad dan Nabila Huda juga berjaya mencuit hati penonton di stadium dan juga di rumah. Penampilan Nabila yang mesra dipanggil Abil juga telah mendatangkan respons yang meluas dari netizen. Rata-ratanya memuji usaha dan juga kecantikan pelakon “Munafik” itu dalam berpakaian mengikut tema lokasi yang telah diberikan sepanjang hampir 10 minggu program itu berlangsung.

Bersempena dengan malam kemuncak Muzikal Lawak Superstar yang bakal berlangsung pada malam ini, kami telah menyediakan ranking top 5 pakaian terbaik yang pernah Abil gayakan sepanjang 9 minggu program tersebut.

5Puteri Jasmine

Pada malam perkenalan peserta-peserta Muzikal Lawak Superstar, Abil telah menggayakan pakaian ala Puteri Jasmine dari filem Aladdin. Dia telah berjaya memukau peminat dengan persalinan Arab dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.

4Minggu Separuh Akhir

Menurut Abil dalam Instagram, pada asalnya idea untuk kostumnya pada minggu tersebut mengambil inspirasi perkahwinan barat. Namun begitu pada saat-saat terakhir idea tersebut terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab.

Namun dengan hasil tangan oleh MUA Bosco Ryzal, Abil tampil di atas pentas sebagai “nenek” kepada pasangan pengacaranya iaitu Nabil. Ramai terkejut dengan penampilannya pada malam tersebut selain ada yang memuji bahawa penampilannya sangat on point walaupun menjadi seorang nenek.

IKLAN

3Cikgu Soraya

Pada minggu ke-2 program tersebut, yang bertemakan lokasi di sekolah, Abil telah memainkan peranan sebagai seorang guru yang bernama Cikgu Soraya. Rata-rata memuji persalinan kebaya serta mekap dan aksesori ala 60an.

2Puteri Gunung Ledang

Abil telah muncul di pentas pada minggu ke-3 yang bertemakan hutan dengan mengenakan persalinan yang diinspirasikan dari cerita rakyat Puteri Gunung Ledang. Khabarnya pelakon asal tersebut, Datin SerI Tiara Jacquelina juga pernah menyarung pakaian yang serupa sebelum diberikan kepada Abil untuk dipakai untuk program tersebut.

View this post on Instagram

💋

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

1Che’ Ta Tengok Bola

Pakaian Abil ketika konsert yang bertemakan lokasi stadium berjaya mengungguli ranking top 5 pakaian Abil yang terbaik pernah digayakan sepanjang program Muzikal Lawak Superstar berlangsung! Khabarnya Rozita Che’ Wan sendiri yang menyumbangkan kostum tersebut untuk Abil, lengkap dari pakaian hinggalah aksesori termasuk beg tangan dan anting-anting.

JBORN, UNI, BOTAK, atau NEWBOH – Milik siapakah RM150,000?

Pentas minggu separuh akhir pada minggu lalu menyaksikan barisan kumpulan pelawak JBORN (Khir Rahman, Joey, Vicha), UNI (Fakhrul UNIC, Fad Bocey, Atu Zero), BOTAK (Abam Bocey, Achey Bocey, Black Hanifah), dan NEWBOH (Tomok, Ali Puteh, Mamak Puteh) berjaya untuk mara ke pusingan akhir ‘Muzikal Lawak Superstar’!

Pentas akhir ini semestinya menjanjikan persembahan yang sengit dari keempat-empat kumpulan finalis. Setiap mereka akan membuat dua persembahan dengan tema persembahan pertama, ‘Percutian 4 Musim’. Manakala, di persembahan kedua pula, mereka diberi peluang untuk memilih lokasi pilihan masing-masing kerana tema yang diberikan adalah ‘Bebas’.

Pusingan Akhir ‘Muzikal Lawak Superstar’ minggu ini bakal menyaksikan JBORN, UNI, BOTAK, dan NEWBOH naik ke pentas buat kali terakhir dan berentap sehebis mungkin bagi merebut juara ‘Muzikal Lawak Superstar’.

Milik siapakah hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 ini? Jom saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen ‘luar jangkaan’, hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)!

Saksikan juga persembahan istimewa dari Ratu Rock Negara, Ella, kumpulan De’ Fam, Haqiem Rusli, Ismail Izani dan ramai lagi di pentas akhir ini kelak!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda