Bercakap mengenai penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini peminat turut mengenalinya sebagai seorang ikon fesyen yang mempunyai pelbagai koleksi unik dan mewah.

Kasut Bercahaya Di Dalam Panggung Teater 

Namun begitu, gara-gara insiden memalukan ini, peminat membuat spekulasi bahawa Syahrini pasti akan serik untuk memakai sepasang kasutnya yang mampu bercahaya. Baru-baru ini, penyanyi itu bersama ahli keluarganya telah menyaksikan sebuah persembahan teater Aladdin di Singapura. Akan tetapi, disebabkan kasut yang dipakainya itu bercahaya, dia telah diminta untuk keluar dari panggung oleh pegawai keselamatan.

“Semuanya berpunca daripada kasut itu yang berkelip-kelip dalam kegelapan teater, bagaikan lampu disco!”

Tidak Tahu Cara Matikan Lampu

Kongsi Syahrini lagi menerusi laman Insta-story, dia dan anak saudaranya juga tidak tahu cara untuk mematikan lampu pada kasut tersebut selepas diminta oleh pegawai keselamatan sebelum ianya dapat diselesaikan oleh seorang petugas yang datang membantu. Syahrini bagaimanapun tidak marah dengan insiden tersebut malah menganggapnya sebagai sebuah insiden yang melucukan sebelum kembali semula ke dalam panggung untuk menyaksikan persembahan itu.

IKLAN