• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aznil Hj Nawawi Jawab Isu Mahu Berundur Dari Industri Hiburan

by Khai Azfar
September 5, 2019
Share on Facebook

Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, merupakan seorang figura yang cukup dikenali dan disegani ramai sejak awal pembabitannya di dalam industri hiburan. Namakan sahaja golongan kanak-kanak, remaja mahupun warga emas, begitu ramai yang menyayanginya kerana begitu senang dengan perwatakan Pak Nil yang bersahaja.

Tidak Akan Berundur 

Selepas terbabit buat sekian lama dalam dunia pengacaraan, Pak Nil telah berehat seketika dan menumpukan perhatiannya kepada sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan, Yayasan Pesona. Ekoran itu, segelintir peminat mula tertanya adakah Pak Nil sudah berundur dari industri hiburan apatah lagi isu seumpama ini mendapat perhatian ramai apabila beberapa orang selebriti tanah air telah membuat keputusan untuk berundur dari karier mereka.

Menjawab persoalan tersebut, Pak Nil berkata dia sama sekali tidak akan berhenti mahupun berundur daripada industri ini. Menganggap kariernya itu sudah sebati dengannya, bagi Pak Nil dia akan terus mewarnai dunia seni ini selagi terdaya.

“Sebenarnya ada yang cakap dengan Pak Nil inilah masa untuk tinggalkan dunia hiburan dan dekatkan diri dengan surau sebagainya. Bagi Pak Nil, tak kira tua atau muda tiada istilah mengatakan dah tua baru kena ke sana. Malah, bila cakap pasal tua orang akan fikir mereka akan berhenti jadi produktif. Tidak. Selagi Pak Nil boleh buat, Pak Nil akan buat dan sukakannya.

Bercakap pasal berhenti, Pak Nil rasa tiada tarikh mahupun hari yang Pak Nil akan umumkan untuk berbuat sedemikian. Pak Nil tidak mahu sekiranya buat keputusan untuk berundur, tiba-tiba nanti buat ‘comeback’ orang akan persoalkan pula.  Selagi boleh bekerja , Pak Nil akan teruskan kerana itu adalah faktor membuatkan Pak Nil terus berasa cergas dan sihat.”

Simpan Hasrat Untuk Terbitkan Program Untuk Warga Emas

Dalam perkembangan lain, Pak Nil turut meluahkan bahawa dia sudah lama untuk terbitkan sebuah program khas untuk golongan warga emas. Berasakan mereka begitu dekat pada hatinya, program seumpama itu menurut Pak Nil mampu memberi suatu kelainan berbanding pelbagai program sebelum ini yang hanya memfokuskan pada kanak-kanak dan remaja.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Biarpun begitu, jelas pengacara terkenal ini lagi, hasrat tersebut mungkin terpaksa dilupakan dan hanya dipendam kerana bagi Pak Nil, terbitan program seperti itu kelak barangkali mengundang kecaman daripada netizen memandangkan intipati nya mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak.

“Warga emas adalah salah satu kesayangan Pak Nil. Jarang atau tak pernah kita lihat program khas untuk tontonan warga emas ditayangkan di kaca televisyen. Lazimnya bila bercakap mengenai warga emas netizen mungkin akan terfikirkan program bentuk keagamaan sedangkan kita boleh buat lebih daripada itu.Pak Nil sebenarnya mempunyai cita-cita untuk duduk dan bersembang bersama warga emas ini tapi fahamlah tontonan di kaca televisyen kini seperti mendapat saingan hebat dari sosial media.

Kemudian, program seperti ini perlukan masa sekurang-kurangnya setengah jam atau satu jam untuk bersiaran. Tetapi nanti golongan lain pula akan kritik persoalkan siapa sahaja yang ingin menonton program itu. Pak Nil tak naklah kelak mereka dikitrik netizen ataupun ahli keluarga sekiranya program itu direalisasikan, kena berhati-hati”

Pak Nil ditemui murai.my di sidang media program Tom Tom Bak musim terbaharu yang akan mula bersiaran pada 6 September ini di Astro Ceria. Dalam program itu, Pak Nil masih mengendalikannya sebagai hos utama selain turut menjemput beberapa orang selebriti terkenal tanah air yang dikenali menerusi program kanak-kanak popular itu.

[VIDEO] Pak Nil Dedah Ditegur Imam Besar Masjid Negara- "Puas Hati, Dah Lama Aku Nak Cakap Pasal Ni"
aznil hj nawawi
https://lomp.at/u6gkf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore