Sebuah syarikat fesyen tempatan, ES Closet International bakal melakar sejarah di Malaysia selepas disenaraikan di bursa saham Nasdaq dalam tempoh 18 bulan.

Ketua Pegawai Pemasaran ES Closet International Berhad Zyro Wong berkata:

Ketua Pegawai Pemasaran ES Closet International Berhad Dr Zyro Wong

“Kami mahu disenaraikan di Nasdaq dalam tempoh 18 bulan dari sekarang. Alasan mengapa kami mahu disenaraikan di Amerika Syarikat dan bukannya di  Bursa Malaysia atau Hong Kong adalah kerana kami mengagkat jenama fesyen kami ke peringkat antarabangsa”

Nasdaq merupakan sistem pembekalan automatik sebutan harga perdagangan secara langsung untuk sekuriti (kebiasaannya untuk saham syarikat teknologi tinggi). Ditubuhkan pada tahun 1971 dan kini merupakan salah satu pasaran saham paling berpengaruh di dunia dan ia adalah bursa saham kedua terbesar di dunia dengan permodalan pasaran.

Bercakap kepada media selepas pengumuman penyenaraian yang dicadangkan itu, Zyro berkata ia akan menjadi satu peristiwa penting bagi senario fesyen Malaysia.

Penasihat kumpulan untuk ES Closet Kennay Tang berkata;

IKLAN
Penasihat kumpulan untuk ES Closet Kennay Tang

“Ia tidak mudah disenaraikan di Nasdaq tetapi mereka yakin bahawa ES Closet akan mencatat pada papan utama pada harga  sekurang-kurangnya US$ 4.00”.

ES Closet juga mengumumkan kerjasama dengan Sharelaa yang membawa dua jenama antarabangsa – Juara & Melissa dan TNTCO – sebagai sebahagian daripada pelan pengembangannya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry