Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

[GAMBAR] Kedai Konsep Butik KFC Malaysia & Mortar Clothing Memang ‘Lit’!

by Khai Azfar
September 6, 2019
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, KFC Malaysia secara rasmi nya telah melancarkan koleksi ’11 Finger Lickin’ Good Goods’ yang mana turut bekerjasama dengan jenama streetwear terkenal tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC). Pelancaran ini dibuat sebagai simbolik meraikan sejarah penubuhan KFC di Malaysia sejak 1973.

Butik Khas KFC Di Major Drop 

Dalam pada itu, butik Major Drop di Sunway Pyramid turut berubah wajah dengan memperlihatkan butik tersebut direka khas seolah-olah di dalam dapur restoran makanan segera terkenal itu. Sebanyak 11 rekaan streetwear telah diolah daripada konsep 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.

Tampil 11 Rekaan

Rekaan edisi terhad tersebut merangkumi kemeja tee bercorak grafik, kemeja ‘bowling’ bercetakan penuh, jaket bomber bersama grafik serta aksesori seperti topi ‘bucket’ reversible dan beg tote. Kesemua koleksi ini sudah mula dijual di butk Major Drop dan laman sesawang Pestle & Mortar Clothing.

“Ianya lebih daripada sekadar rekaan, di mana setiap helaian pakaian menggambarkan makna KFC dalam setiap jiwa rakyat Malaysia,daripada kemeja tee Jalan Larut KFC, kepada jolokan nama ‘Atuk’ bagi merujuk pengasasnya, Colonel sehinggalah ke periuk tekanan (pressure cooke) setiap satu daripadanya menyimpan memori dikongsi oleh kita semua” – Hugh Koh, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif Pestle & Mortar Clothing

Sebagai info, jumlah jualan kempen ini akan disalurkan kepada Add Hope Malaysia, sebuah inisiatif tanggungjawab korporat (CSR) KFC yang bermatlamat bagi membanteras kebuluran.

Promosi Diskaun RM6.20

Dalam perkembangan lain, KFC turut melancarkan kempen KFC Merdeka 62. Pengguna boleh rebut peluang untuk memenangi pakaian dan barangan daripada koleksi KFC X PMC menerusi promosi KFC Merdeka 62. Caranya, anda hanya perlu memesan hidangan KFC kegemaran anda di KFC Delivery atau Self Collect menerusi aplikasi KFC dan gunakan kod promo MERDEKA62 bagi menikmati diskaun sebanyak RM6.20* sehingga 22 September 2019. Setiap pesanan lengkap menggunakan kod promo berkenaan akan dikira sebagai satu penyertaan.

Untuk maklumat lanjut layari www.kfc.com.my/merdeka62

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
KFC malaysia
https://lomp.at/9i1y8
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem