Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Marina Mahathir Kongsi Kisah Air Mata Di Luar Pagar Istana Negara

by Phic ARMAN
September 10, 2019
Share on Facebook

Semestinya Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu masih segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia. Manakan tidak, rakyat Malaysia tak tidur malam menunggu keputusan yang tidak dijangka oleh pihak pembangkang terdahulu dengan kemenangan yang julung kalinya dikecapi oleh mereka.

Datuk Marina Mahathir antara insan yang tidak dapat melupakan betapa susahnya mendapat kejayaan itu. Marina ketika di temui sidang Media dan Tayangan Istimewa filem dokumentari M for Malaysia sempat berkongsi kisah air mata di luar pagar Istana Negara menunggu detik-detik sejarah, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara tepat jam 9.56 malam.

Apakah yang membuatkan Marina mengalirkan air mata ketika meraikan detik-detik bersejarah tersebut? Ikuti perkongsian beliau;

“Mungkin salah satunya sebab kami semua sudah penat, sebab malam sebelum itu tak tidur menunggu keputusan pilihan raya yang ke -14. Saya masih ingat pada ketika itu, saya hanya tidur 1-2 jam. Pada awalnya saya fikir pada hari keesokkan harinya, upacara mengangkat sumpah dijangka akan dijalankan awal pagi, namun ia ditangguhkan sehingga lewat malam”

Marina akui, pada saat itu dia merasa tertekan dan mula rasa resah lagi-lagi dia sepatutnya ke luar negara pada hari tersebut.

Marina Mahathir, Penerbit Eksekutif M for Malaysia

“Sebenarnya pada malam itu, saya sepatutnya berangkat ke Bangladesh bersama suami, dan disebabkan itulah saya tidak berada di dalam Istana. Ketika dalam perjalanan dari KL Sentral ke KLIA, saya terkejut  menerima bertubi-tubi mesej memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah masih belum di jalankan”- katanya

Marina berkata, dia mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangannya ke Bangladesh dan terpaksa berpatah balik ke KL Sentral kemudian ke perkarangan di luar Istana Negara.

“Hati saya tak tenang pada masa itu dan kemudian saya memberitahu kepada suami untuk membatalkan penerbangan ke Bangladesh kerana berubah fikiran mahu ke Istana Negara”- ujarnya

“Sukar untuk digambarkan, betapa penatnya saya pada masa itu, namun selepas Tun M selesai menyempurnakan acara angkat sumpah itu, saya merasa lega sangat sehingga sebak dan menitiskan air mata. Mungkin  kerana sokongan kawan-kawan di sekeliling pada masa itu membuatkan saya rasa terharu”

M For Malaysia

Detik-detik sangat bermakna ini dapat disaksikan dalam filem dokumentari M For Malaysia yang dijadualkan ditayangkan bermula pada 12 September 2019 dalam masa 4 hari saja di 37 pawagam seluruh negara.

Rakyat Malaysia boleh mengimbas kembali detik-detik mendebarkan apabila kerajaan yang mentadbir negara selama 61 tahun digulingkan oleh 82.32% jumlah pengundi.

Dokumentari ini telah menerima sambutan yang menggalakkan di pelbagai lokasi antarabangsa selepas tayangan perdananya di CAAMFest In SAN Francisco, DocEdge di New Zealand dan Oktober ini di Festival Filem Antarabangsa Busan iaitu festival filem terbesar di Asia.

Ineza Roussille (Pengarah) & Dian Lee (Penerbit)

Diarahkan dan diterbitkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussille, bersama Marina Mahathir selaku Penerbit Eksekutif dan Ruby Yang sebagai Penerbit Kreatif, “M for Malaysia” meraikan kejayaan rakyat Malaysia mengatasi dan menangani gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

YouTube video

Rakaman yang belum pernah dilihat dalam “M for Malaysia” ditambah lagi nilainya dengan skor asal yang dramatik oleh komposer yang berpangkalan di Los Angeles, Rendra Zawawi dan lagu runut asal bertajuk ‘Bermula Kita’ menampilkan Yuna selaku penyanyi utama.

Penjualan tiket di pawagam bermula pada 9 September. Untuk maklumat lanjut tentang M for Malaysia, layari: mformalaysia.com

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/4iqet
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem