Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Cutenya!”- Raja Permaisuri Agong Jemput Anak-Anak Tomok Ke Istana Negara

by Khai Azfar
September 10, 2019
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Suka untuk kami gambarkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah begitu dekat dan disayangi rakyat jelata. Ada sahaja yang dilakukan baginda berdua menjadi tumpuan rakyat apatah lagi sikap rendah diri yang diamalkan sejak dahulu begitu dekat di hati rakyat Malaysia.

Seperti yang sedia maklum, Tunku Azizah merupakan satu-satunya Raja Permaisuri Agong yang begitu aktif di media sosial dalam sejarah negara. Perkongsian baginda adakalanya membuatkan rakyat terhibur apatah lagi turut berkongsi aktiviti harian baginda menerusi platform itu.

Anak-Anak Tomok Dedikasi Lagu Buat YDP Agong 

Dalam perkembangan lain,baru-baru ini pula telah diadakan sambutan hari lahir keputeraan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dan pada 9 September pula merupakan cuti umum bersempena dengan Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah yang jatuh pada 30 Julai. Di kesempatan itu, selain rakyat jelata, anak-anak kepada penyanyi Tomok, Arrianshah Akid,8 dan Andrashah Iman,5 turut mendedikasikan nyanyian lagu sambutan hari lahir mereka buat baginda berdua.

Junjung kasih KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG dan PERMAISURI AGONG…..Selamat menyambut hari keputeraan Tuanku Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah..
DAULAT TUANKU… pic.twitter.com/LWiMPBHzmD

— mrs tOm (@Sitirahayuabas) September 9, 2019

Tunku Azizah Puji, Pelawa Masuk Menghadap 

Perkongsian video nyanyian itu yang dibuat oleh isteri Tomok ternyata telah menarik perhatian Tunku Azizah yang memuji keletah kedua-dua anak penyanyi itu. Sambil bertanyakan mengenai anak-anak Tomok, Tunku Azizah turut mempelawa mereka untuk masuk menghadap ke Istana Negara kelak.

Bagaikan sebuah mimpi, Tomok dan isteri berasa begitu teruja dengan pelawaan tersebut dan perkongsian khabar berita itu telah dipuji oleh pengikut mereka yang beranggapan anak-anak Tomok begitu bertuah.

[VIDEO] Gelagat Tunku Azizah & Tengku Hassanal Dukung Bayi, Curi Tumpuan Ramai!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
anak tomoktomoktunku azizah
https://lomp.at/u3121
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem