Kembali aktif di laman Twitter, segala perkongsian yang dibuat mengenai Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga kembali mencuri perhatian.

Gelagat Tunku Azizah Menghiburkan 

Terbaru, gelagat Tunku Azizah yang secara spontan bertanyakan mengenai mee bandung ketika berkunjung di Sungai Lembing, Kuantan Pahang ternyata menghiburkan. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Nur Madihah Rosdi di laman twitter nya, kesudian Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menikmati hidangan mee bandung di warung mereka bagaikan satu mimpi.

Menurutnya selama ini, dia hanya melihat Al-Sultaan Abdullah dan Tunku Azizah secara maya namun kali ini dia berpeluang untuk bertentang mata dengan figura kesayangan rakyat ini.

Tunku Azizah Puji Keenakan Mee Bandung

Dalam video yang tular di laman Twitter, konvoi diraja itu secara tiba-tiba berhenti di tepi jalan di hadapan kedai milik keluarga Madihah apabila Tunku Azizah menyatakan hasratnya untuk makan di warung itu.

IKLAN

Malah Tunku Azizah juga berseloroh mahu mendapatkan resepi mi bandung yang dijualnya itu selain memuji keenakannya. Dek kerana penangan kunjungan diraja itu, Mee Bandung tersebut kini dikenali sebagai Mee Bandung Queen. Video itu sehingga kini mendapat lebih dari 29 ribu perkongsian dan telah ditonton lebih dari 300 ribu penonton.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry