Tuesday, July 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Satu-Satunya Tetamu Berhijab Penuh! Neelofa Curi Tumpuan Fesyen Dunia

by Khai Azfar
September 20, 2019
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Bercakap mengenai selebriti verstail, sudah pastinya fesyen yang digayakannya menjadi inspirasi buat ramai pemiant apatah lagi sering menggayakan pelbagai stail hijab ketika menghadiri acara-acara besar dalam dan luar negara.

Neelofa Jadi Tumpuan 

Sebagai pengusaha Naelofar Hijab sudah pasti Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa menjadi tumpuan ramai khususnya buat peminat dunia fesyen. Ini telah dibuktikan mengenai penampilannya ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara di Milan, Itali. Ketika itu,usahawan berusia 30 tahun yang mengenakan hijab penuh menjadi tumpuan apabila gaya tudung yang disarungkannya itu mendapat respons positif dalam kalangan pengikut di laman sosial.

Tampil Kreatif 

Membuktikan berhijab bukanlah satu alasan untuk tidak bergaya, menurut Neelofa dia cuba untuk menjadi kreatif dalam menggayakan hijab yang dipakainya terutamanya ketika menghadiri sesuatu acara.

“Sekitar setahun lalu, saya tampil dengan imej turban setiap kali berjumpa individu fesyen penting di luar negara kerana mahu memperkenalkan kepada mereka yang wanita berhijab juga mampu melaram dan kelihatan bergaya. Saya tahu, jika saya mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Disebabkan hal itu, saya selalu tampil dengan stail kreatif ketika berada di luar negara.

“Namun, ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara sebagai satu-satunya tetamu yang mengenakan hijab penuh, dan diminta bergambar oleh beberapa jurugambar, saya berasa hajat saya untuk membawa stail hijab penuh ke luar negara telah terlaksana.

Jelasnya lagi, Neelofa turut berbangga kerana berjaya membawa satu persepsi ‘indah’ mengenai hijab di persada antarabangsa.

“Saya berasa bangga. Bukan kerana dapat menghadiri majlis fesyen, tetapi dapat membawa gaya hijab penuh ke ruang fesyen antarabangsa.” katanya

Terdahulu, Neelofa berpeluang bertemu empat mata dengan beberapa orang pereka fesyen tersohor dunia seperti Michael Kors dan Tommy Hilfiger. Menyifatkan pertemuan tersebut bukanlah sekadar pertemuan biasa, Neelofa turut dibantu dan berkongsi pendapat bersama mereka.

[VIDEO] Neelofa Kongsi Suasana Majlis Perkahwinan Aisyah Aziz Di Singapore, Curi Perhatian Ramai!
neelofa
https://lomp.at/9579a
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Fattah Amin Dituduh ‘Tiru’ Sentuhan Syamsul Yusof Dalam Arahan Pertama Noktah Dosa, Netizen Terkejut Hasil Cemerlang

by Puteri Alia
July 14, 2025

Meraih perhatian ramai, telefilem Noktah Dosa arahan sulung pelakon Fattah Amin bukan sahaja mencatat kejayaan dari segi tontonan, malah menerima...

Read more
Lokal

“17 Tahun Kenal Amy Search, Beliau Bukan Begini” – Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca, Minta Cari ‘Tangan Ghaib’ Cetus Provokasi

Tidak mahu memburukkan keadaan atau mengheret nama yang tidak bersalah, Shila Amzah tampil dengan permintaan tegas agar pelakon Nabila Huda...

Read more
by Puteri Alia
July 14, 2025
Lokal

Zizi Kirana Jawab Isu Unfollow Suami-“Alhamdulillah Okey Sahaja” Tapi Masih Tiada Gambar Bersama Sejak Jun

“Alhamdulillah okey sahaja.” Jawapan ringkas daripada Zizi Kirana itu seakan menutup mulut mereka yang cuba mencetuskan spekulasi mengenai status rumah...

Read more
by Puteri Alia
July 14, 2025
Lokal

PU Riz Dedah Neelofa Tak Pernah Merajuk Selama 3 Tahun Kahwin-“Kami Selesaikan Masalah Dengan Solat Jemaah”

Dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik dan ternama, tetapi juga memahami dan tenang, pendakwah bebas PU Riz mengakui kehidupannya...

Read more
by Puteri Alia
July 14, 2025
Hollywood

Siapa Saroja Devi? Pernah Cipta Rekod Jadi Heroin Untuk 161 Filem, Kini Pergi Buat Selamanya

Pagi-pagi lagi MURAI dah nampak berita sedih: Dunia perfileman India kehilangan seorang bintang besar, Bangalore Saroja Devi, yang meninggal dunia...

Read more
by Phic ARMAN
July 14, 2025
Foto - @lilbieber (IG)
Hollywood

8 Selebriti Yang Pernah Hidup Dalam Kemiskinan- Justin Bieber Tidur Dengan Tikus!

Murai tahu kebanyakan kita mesti fikir golongan selebriti sebenarnya berasal dari keluarga yang kaya-raya. Tapi kalau kamu nak tahu, tak...

Read more
by Soph Azz
July 14, 2025
Foto - @humairaaliofficial (IG)
Selebriti

5 Fakta Misteri Kematian Aktres Pakistan, Humaira Asghar Ali

Jika kamu tidak tahu, aktres Pakistan iaitu Humaira Asghar Ali telah ditemui meninggal dunia di apartmennya di Karachi, Pakistan pada...

Read more
by Soph Azz
July 14, 2025
Foto - @limbadindonesia (IG)
Indonesia

Kisah Limbad, Ahli Silap Mata Indonesia Digelar “Syaitan” & Ditahan Askar Arab Saudi

Ahli silap mata Indonesia, Limbad telah menjadi tular selepas dilaporkan ditahan di imigresen Arab Saudi ketika menunaikan ibadah umrah pada...

Read more
by Soph Azz
July 14, 2025
Foto - @deecompany_official (IG)
Indonesia

Sarung Kostum Pocong Ketika ‘Mumun’, Acha Septriasa Akui Lihat Makhluk Halus Sebenar

Rasanya tak semua orang kuat dan mampu untuk hadapi perkara yang sama. Aktres Indonesia, Acha Septriasa pernah berkongsi pengalamannya yang...

Read more
by Soph Azz
July 14, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq, Netizen Terharu!-“Part YB Terkejut..”

Tular satu video yang memaparkan gelagat anak perempuan penyanyi, Bella Astillah iaitu Ara Adreanna bersama Ahli Parlimen Muar, YB Syed...

Read more
by Naddy Joe
July 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem