Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Saya Minta Maaf”- Siti Nurhaliza Menangis Luah Rasa Bersalah Dengan Fieya Julia

by Phic ARMAN
September 23, 2019
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Pentas “Big Stage 2019” minggu keenam telah berlangsung dengan luar biasa kerana adanya persembahan Battle yang menyaksikan 8 bintang “BBNU” menyampaikan persembahan secara berpasangan bagi menunjukkan kekuatan vokal dan persembahan masing-masing.

Selain itu, setiap peserta juga dikehendaki menyanyikan sebuah lagu dari pilihan juri tetap. Salah satu persembahan yang mencuri perhatian adalah dari Fieya Julia. Untuk konsert kali ini, Fieya yang menduduki tangga teratas dalam carta undian peminat pada awal konsert telah mempamerkan nyanyian yang sangat beremosi.

Fieya menyanyikan lagu popular Maudy Ayunda yang berjudul “Kamu dan Kenangan”  juga dipercayai mengisi soundtrack untuk filem Habibie Ainun 3.

https://www.youtube.com/watch?v=AuOOZ8CyJIc

Ditemani sebuah lukisan potret arwah ibunya di pentas, persembahan Fieya cukup menyentuh perasaan penonton sehingga membuatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih selaku juri tetap Big Stage merasa sebak sehingga tidak dapat menahan air mata. Lagu tersebut merupakan pilihan Siti sendiri dan beliau tidak menyangka lagu pilihannya itu berkait rapat dengan kehidupan Fieya.

“Saya pun sedih sebenarnya. Tak sangka ketika dalam membuat pemilihan lagu ini, saya tak mengetahui latar belakang Fieya yang tidak mempunyai ibu. Saya minta maaf!”- katanya sambil menahan sebak. 

Siti akui, dia sendiri pun tak kuat sekiranya terpaksa menahan tangisan ketika membuat persembahan nyanyian malah dia memuji Fieya kerana mampu menghabiskan nyanyian tersebut dengan baik.

Fieya ketika di temui ketika sidang media selepas konsert berlangsung berkata, kali pertama mendapat lagu ini, dia sudah merasakan lirik lagu ini begitu mendalam. Pada awalnya Fieya merasa bimbang untuk membawa lagu ini kerana ia akan menyentuh perasaan bapanya lagi-lagi dalam persembahan di pentas dia akan menceritakan kisah arwah ibunya.

Terselamat dari proses penyingkiran pada minggu ini, pada minggu hadapan Fieya bakal menyanyikan 2 buah lagu di pentas “Big Stage 2019” minggu keenam. Fieya akan berduet bersama Liza Hanim menyampaikan lagu “Cinta” oleh Melly Goeslow & Kris Dayanti. Manakala sebuah lagu solo dalam bahasa Inggeris berjudul Chandelier nyanyian Sia.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama. Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/16df7
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem