Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Apa Yang Saya Buat Memang Berdosa”- Sharifah Sakinah

by Zaidin Albert
September 23, 2019
Share on Facebook

Pelakon yang popular dengan watak ‘gila-gila’ Sharifah Sakinah menjelaskan mengenai isu soal pakaian seksi yang menjadi hangat diperkatakan di media sosial. Sebelum ini, perkongsian gambar dan kapsyen di Instagram pelakon dan pelawak  Sakinah mengundang kritikan ramai. Dalam foto tersebut, dia memakai baju jingga ala-ala berkemban yang agak seksi.

Kredit Foto: IG Sharifah Sakinah

“To The Entire World: Stop Telling women how to dress”

Dalam kapsyen untuk gambar itu, Sakinah menulis sepotong ayat seolah-olah memberi amaran kepada semua orang supaya berhenti untuk menyuruh orang lain tentang cara berpakaian. Kenyataan Sakinah itu dianggap sedikit berani dan kami berkesempatan mendapatkan sedikit ulasan dari Sakinah.

“Mengenai isu seksi, saya sangat berani! Sangat berani untuk bersuara memberi amaran kepada netizen supaya berhenti bercakap tentang cara berpakaian”

Kredit Foto: IG Sharifah Sakinah

“Apa yang saya buat Ini memang berdosa. Tapi siapa sangka, ramai ‘mangsa’ dari isu cara berpakaian ini menghantar mesej secara peribadi (DM) kepada saya & bersetuju dengan apa yang saya suarakan”

“Saya menyuarakan hal ini kerana mengambil berat tentang orang sekeliling, sebab ada masanya bila mereka terlalu banyak penghinaan tentang cara pemakaian, ada diantara mereka yang mula depresi atau murung”

All Stars Buka Panggung

Sakinah ditemui ketika sidang media selepas selesai membuat persembahan secara spontan di program ‘All Stars Buka Panggung’ . Minggu ketiga program ‘All Stars Buka Panggung’ yang membuatkan penonton tak kering gusi telah menyaksikan kemenangan pelakon legenda tanah air, Zulhuzaimy, diumumkan sebagai Juara Mingguan – melayakkan beliau membawa pulang sebuah trofi kemenangan! Kemenangan ini sekaligus membawa beliau terus ke minggu separuh akhir!

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

‘All Stars Buka Panggung’ merupakan sebuah program komedi dari Astro Warna yang mencabar para pelakon untuk melakonkan watak secara improvisasi, tanpa disediakan sebarang skrip. Panggung Royal Theatre, Shah Alam menjadi gamat apabila memperlihatkan gelagat melucukan dari para peserta minggu ketiga, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah, Sweet Qismina dan Zulhuzaimy, yang dibantu oleh pelakon tambahan kejutan seperti Fauziah Nawi, Abam Bocey dan Wan Sharmila.

‘All Stars Buka Panggung’  disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

‘All Stars Buka Panggung’ akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam. Jangan lupa untuk saksikan 4 orang selebriti pada minggu ke-empat iaitu Rita Rudaini, Johan As’ari, Ruhainies dan Datuk Fiz Fairuz.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/qoej8
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem