Dikhabarkan agak padat aktiviti yang dijalankan oleh Meghan Markle dan Putera Harry dalam lawatan diraja. Salah satunya mereka terlihat melawat Masjid Auwal, masjid tertua di Afrika Selatan iaitu berusia 225 tahun.

Kredit Foto: Voice of Cape

Seperti yang dilaporkan oleh People, semasa lawatan, Duchess of Sussex itu tampil mengenakan gaun maxi berwarna hijau zaitun. Gaun ini diperbuat daripada tisu nilon yang dikitar semula oleh STAUD.

View this post on Instagram

More images from Heritage Day in Bo Kaap. As part of their visit, Their Royal Highnesses visited the Auwal Mosque – the first and oldest Mosque in South Africa. Standing as a symbol of the freedom of former slaves to worship, the Mosque hosts events with Muslim, Christian and Jewish young leaders, and encourages friendship and understanding between South Africa's varied communities. The Duke and Duchess also got to view the first known manuscript of the Qu’ran in Africa, drafted by Tuan Guru from memory, whilst he was imprisoned on Robben Island. ••• Heritage Day celebrated the great diversity of cultures, beliefs and traditions that make up the rainbow nation. Bo Kaap streets filled with colour and music while Their Royal Highnesses were welcomed to one of the most vibrant neighbourhoods in Cape Town. The area has seen inter-community tension rise over the last few years, yet days like today show how faith, traditions, food and music bring people together, and celebrate the things that unite each and every one of us. #RoyalVisitSouthAfrica • Photo ©️ Shutterstock / PA images

A post shared by The Duke and Duchess of Sussex (@sussexroyal) on

Lebih menarik, Meghan Markle terlihat juga memakai tudung iaitu selendang menutup kepalanya ketika melawat masjid yang dibina pada tahun 1794 itu.

Semasa lawatan itu, pasangan yang berkahwin pada 19 Mei 2018 itu melihat manuskrip pertama Qu’ran di Afrika Selatan. Manuskrip ini disusun oleh Tuan Guru atau Imam pertama dari memori ketika dia dipenjarakan di Pulau Robben.

IKLAN

Di samping itu, Meghan Markle dan Putera Harry kemudian berjumpa dengan anggota kumpulan agama. Mereka belajar mengenai pekerjaan yang dilakukan di masjid untuk mempromosikan dialog antaragama di Cape Town.

Masjid Auwul mengalu-alukan pelawat dari semua denominasi. Masjid itu juga menjadi tuan rumah dialog antar agama untuk membangunkan persefahaman antara agama lain dari pelbagai masyarakat Afrika Selatan.

Islam mula diperkenalkan di Afrika Selatan oleh para pemimpin Islam dalam pengasingan dan hamba Melayu pada akhir 1600-700an. Sebelum pendudukan British, hamba tidak dibenarkan masuk Islam.

Hari ini, untuk masyarakat Islam, masjid melambangkan kebebasan bekas hamba untuk beribadat. Sementara itu, lawatan Meghan dan Putera Harry ke Afrika menjadi lawatan kerajaan pertama dengan anak sulung mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor atau dikenali sebagai Archie.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry