Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Mohon Doa Dari Peminat! Wann Jawab Isu Bertudung

by Khai Azfar
September 26, 2019
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Kemunculan pelantun Bossanova, Wann dalam Gegar Vaganza ternyata menggembirakan peminat setelah sekian lama mengharapkan agar penyanyi ini dapat membuat ‘comeback’.

Tampil Dengan ‘Trademark’ Selendang 

Sejak sekian lama tidak muncul di mana-mana program hiburan, Wann atau nama sebenarnya Wan Rashidah Meor Abdul Rashid tampil dengan imej nya yang mengenakan selendang yang turut dianggap peminat sebagai ‘trademark’ nya.

Menurut Wann, ketika ditemui murai.my berkata imej tersebut sudah digayakannya sejak empat tahun yang lalu.

Mahu Doa Dari Peminat 

Akuinya, dengan imej sedemikian pasti akan ada kecaman yang diterima. Namun begitu, penyanyi yang bakal menjengah usia 50 tahun ini mengambil pendekatan untuk tidak cepat melatah dan sebaliknya mengharapkan doa-doa dari peminat untuk dia berhijab penuh.

Tambah Wann yang turut dikenali dengan gelaran ‘Wann Teran’, dia tidak menolak sekiranya di dalam GV6 ini dia akan tampil dengan imej yang baharu.

“tipulah jika cakap saya tidak terasa. Namun saya tidak memarahkan mereka sebaliknya saya hanya mengaminkan sahaja kata-kata mereka yang mahukan saya menurut aurat dengan lebih proper. Doakan saya ya”

Mengenai penglibatannya dalam GV6, Wann mendedahkan bahawa ini merupakan kali ketiga pihak Astro menawarkan peluang untuk sertai GV sejak musim pertama lagi.

Namun jelas Wann, dia terpaksa menolaknya ketika itu kerana masih tidak sedia sehinggalah pada musim ini dia nekad untuk sertainya bagi mencabar diri untuk menyanyikan lagu yang terdiri daripada pelbagai genre berbeza.

Biarpun sudah berpengalaman, jelas Wann dia masih lagi berasa gentar untuk bertanding apatah lagi mendengarkan komen-komen daripada para juri kelak.

Selain Wann, GV6 telah memperkenalkan Mazlela, Feeza, Nurfatima, Noorshila Amin, Sham Visa, Jatt Black Dog Bone, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Ameer Sofazr dan dua artis berkumpulan iaitu Kool dan One Nation Emcees sebagai barisan 13 peserta yang akan bertanding bermula pada 13 Oktober ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
gegar vaganzaWannWann GV6
https://lomp.at/tznro
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem